Gempar warganet komen sesuatu dengan penampilan Fazura selepas meraikan ulang tahunnya bersama rakan rakannya baru baru ini. Ini reaksi warganet.

Baru-baru ini, pelakon jelita dan popular Fazura menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun dan perkara itu membuatkan selebriti ini juga sangat bahagia apabila dapat menyambutnya dengan bakal cahaya mata sulungnya. Walau bagaimanapun, Fazura tidak terlepas untuk menerima kejutan daripada insan yang tersayang sempena ulang tahun kelahirannya itu dan video dikongsikan ini pula dapat diperhatikan momen bahagia selebriti ini bersama rakan-rakan.

Fazura bagaimanapun dilihat terharu dengan kejutan diberikan kepadanya ini dimana video yang dimuat naik semula menerusi Instagram Hot FM turut meraih ribuan tontonan umum. Biarpun begitu, apa yang membuatkan orang ramai tidak henti-henti memberikan reaksi mereka diruangan komen apabila mereka turut tertarik dengan penampilan sopan Fazura meskipun kini sedang sarat hamil anak sulungnya sekali gus menerima reaksi positif ramai.

Bukan itu sahaja, bagi warganet penampilan Fazura disenangi ramai kerana selain rekaan cantik baju-baju yang digayakan olehnya itu turut kelihatan sopan. “Pakaian Faz masa mengandung pun sopan… bertambah-bertambah cantik Faz ni”. “Baju mengandung yang dia pakai semua cantik-cantik… tak ada pun yang…” Menjenguk ruangan Instagram Fazura, patutlah ramai yang suka lalu memuji penampilannya. Lihat sahaja beberapa perkongsian Fazura yang kelihatan bergaya disamping tetap nampak sopan.

SUMBER: HCL

Zuriat adalah hadiah terindah, Fazura sambut hari lahir ke-37

Sempena ulang tahun kelahiran ke-37 hari ini, pelakon dan penyanyi Fazura menerima ucapan istimewa daripada suaminya Fattah Amin. Menurut Fattah, tiada kata-kata dapat digambarkan betapa istimewanya pelakon filem J Revolusi itu terhadap dirinya selain akan terus mencintai setiap hari. “Happy birthday to my superwoman wife, your birthday will come and go, but my heart will never let go of you. Words cannot describe how special you are to me. I love you more and more everyday,” katanya.

Bagi Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin pula, dia menyifatkan rezeki bakal menimang cahaya mata merupakan hadiah paling bermakna pada tahun ini. “My greatest gift”. Posting mereka berdua dipenuhi komen pengikut dengan mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan agar urusan bersalin berjalan lancar. Selamat hari jadi!. Moga bersalin dengan selamat. Allah permudahkan segalanya. Tak sabar nak tengok Fattzura junior!

Sumber : Fattah Amin , Fazura, OhMyMedia