Gempar warganet nampak Puteri Sarah di satu tempat ini sehingga ada yang buat andaian mereka sendiri. Rupa rupanya ini yang berlaku dengan isteri Syamsul Yusof itu.

Kuala Lumpur: “Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” kata pelakon Puteri Sarah ringkas. Ia susulan timbul dakwaan isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin. Puteri Sarah, 35, dikatakan hadir dengan ditemani seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya. Kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam itu menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Namun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah hadir ke situ. Malah, berdasarkan pemerhatian Harian Metro, Puteri Sarah juga sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram. Begitu juga di Instagram Syamsul yang mana kali terakhir memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu. Gambar bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu. Didoakan semoga yang baik-baik saja buat pasangan ini. Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

SUMBER: HMETRO

Enam tahun sepi, Puteri Sarah kembali berlakon [METROTV]

PELAKON Puteri Sarah Liyana yang kini kembali berlakon selepas enam tahun meninggalkan bidang itu mengakui, suaminya yang juga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof meletakkan syarat tertentu sebelum memberi izin. Sarah bagaimanapun tidak menganggap itu sebagai bebanan kerana dia juga tahu status dan batasnya sebagai isteri. “Saya dah kembali berlakon sejak Oktober tahun lalu. Setiap kali terima tawaran, saya akan tapis terlebih dahulu mengikut kesesuaian dan meminta pendapat suami.

“Dia meletakkan beberapa syarat kepada saya antaranya, tidak boleh ada babak bersentuhan dengan pelakon lelaki dan supaya saya sentiasa menjaga batasan sebagai isteri,” katanya kepada Harian Metro. Sarah ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbarunya, Shara Skincare berkata, suami tidak pernah menghalangnya berlakon. “Dia tak pernah halang pun. Saya sendiri yang pilih untuk berhenti seketika memandangkan sudah berumah tangga dan ada anak.

“Saya sendiri pun sebelum ini ketika menjalani penggambaran telefilem Wasiat Untuk Halina pada tahun lalu, sentiasa berulang alik dari set penggambaran di Tanjung Karang ke rumah kerana tak mahu tinggalkan anak lama-lama. “Ketika saya berada di set, suami saya kerap kali menghubungi bertanya sama ada saya dah makan atau belum dan jam berapa saya akan bertolak pulang,” katanya. Terbaru, Sarah akan menjalani penggambaran untuk telefilem dan penggambarannya akan berlangsung di Taman Negara Pahang selama lima hari.

SUMBER: HMETRO