Gemuk salah jadi kurus pun salah buat warganet tak senang duduk lihat perubahan terkini Zulin Aziz. Dia beri setepek jawapan win buat orang ramai jadi heboh di laman sosial. Sampai begitu sekali dia berkata jadi perbualan

Pelakon, penyanyi dan pengacara yang semakin jelita, Zulin Aziz nyata mempunyai caranya yang tersendiri bila mahu menegur segelintir pihak yang suka mencari kesalahan walaupun sedikit. Perumpamaan yang diberikan cukup besar tetapi mereka yang suka mencari kesalahan orang ini tetap akan memandang perkara yang kecil. Itu yang cuba disampaikan oleh Zulin dalam satu entri di Instagram miliknya. Melalui tiga keping gambar dalam entri berbeza tetapi mengenakan sari hijau yang sungguh menarik dan berlatar belakangkan kebiruan laut dan langit yang cukup indah, Zulin menulis kepsyen yang cukup ringkas. “Cantik view dia kan?

Warganet: kak, benang kain tercarik tu,” tulis Zulin dalam sindiran yang halus. Ramai warganet yang terhibur dan turut bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Zulin. Malah ada yang turut sama berkata negatif segelintir makcik dan pakcik bawang yang suka menjaga tepi kain orang lain. “Jabatan warganet: kak akak nampak hijau. akak ke mak ko hijau tu,” tulis kakgirlsebenar. “Kak nampak muka kerut sgt!! Saya warganet!” seloroh ezadibrahim. “Kak, mulut tutup sikit, senyum sikit baru manis, saya warganet,” komen nur_atiqah71. Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz pernah melahirkan empat buah lagu, selain daripada berlakon dan menjadi pengacara. Zulin juga pernah menjadi penyampai radio.

Capai Berat Badan 57KG, Warganet Mula Tegur Zulin Aziz

Pengacara Zulin Aziz meraih perhatian wargamaya apabila telah mencapai berat badan ideal sebanyak 57kg. 
Menerusi laman sosial Instagram, Zulin berkongsi satu video meraikan kejayaan itu untuk tatapan umum. 
“Yeay dah 57kg! Terima kasih banyak-banyak @dmagiadietmealz_hq dan team,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen. Menerusi video berdurasi 12 saat itu, Zulin mengenakan seluar denim dilihat menari-menari meraikan kejayaannya meraih berat badan idaman. Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah penampilan Zulin yang memakai pakaian agak mengikut bentuk tubuh bagi menunjukkan bentuk badannya yang semakin ramping. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen juga, ramai yang menasihati agar Zulin menjaga penampilan sebagai seorang wanita bertudung.“Bila dah kurus, jagalah pemakaian kita sis,” tegur seorang wargamaya. “Wow terbaik, tapi kurus-kurus pun janganlah pakai yang fit sangat tau. Kita suka tengok Zulin pakai yang longgar-longgar,” luah seorang wargamaya. “Maaf sis tegur, baju tu terlalu singkat. Maaf ya,” komen seorang wargamaya. “Jangan pakai hingga nampak bentuk tubuh, risau ramai yang terpikat dengan sis,” tulis seorang wargamaya lagi. Terdahulu, Zulin yang mengamalkan diet telur sebagai satu usaha untuk mengurangkan berat badan berjaya kehilangan 10kg dalam masa sebulan berbanding berat badan asalnya iaitu 85kg. 

Lantaklah apa orang nak cakap – Zulin

Seperti biasa, ada yang memuji semangatnya menurunkan berat badan hingga berjaya mengeluarkan produk menguruskan badan, DMagia Dietmeal, tak kurang juga yang melemparkan perkataan berbaur negatif. Ada yang mula melemparkan pernyataan dengan mengatakanZulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz melakukan jalan pintas dengan sedut lemak dan menggunakan bahan terlarang untuk kurus. “Saya dan orang sekeliling yang rapat akan tahu betapa diri ini bergelut untuk mencapai ke tahap sekarang. Orang mungkin nampak yang indah sahaja. Di sebaliknya, mereka tak tahu.

“Ada yang mengata cakap saya sedut lemak. Yang cakap saya ambil barang terlarang pun ada. Ikutkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan lagi, boleh tengok video keadaan saya masih tembam lagi. Ia adalah proses. “Ketika awal, saya tak tunjuk gambar badan. Sampailah saya turun banyak kilogram, baru saya berani tunjuk sisi penuh badan. Tak apalah, ada sahaja yang tak kena pada mata warganet,” katanya kepada BH Online. Zulin berkata, dia sudah terbiasa dengan kata kata negatif dan mereka pandang rendah terhadap saya..

“Saya sudah terbiasa, lantaklah apa orang nak cakap. Saya tak boleh memuaskan hati semua orang. Cukup saya dan teman sekeliling tahu apa sebenarnya yang dilalui. Orang berkata pada saya, bila lagi nak kurangkan lemak?,” katanya. Zulin berkata, dia turut menerima kritikan apabila dilihat tampil menjolok mata dan mula mengenakan pakaian yang nampak bentuk tubuh sejak berbadan langsing. Imejnya dilihat tidak bersesuaian dengan dirinya yang bertudung. “Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan. Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak marah, sebaliknya menghargai teguran membina.

“Soal pakaian serta bertudung ini, saya sendiri adakalanya tersasar. Tahulah perangai saya macam mana pula,” katanya. Zulin berkata, ada juga menyuruh saya tanggalkan tudung kerana sudah mula berpakaian tubuh. “Tak saya nafikan memang ada yang sarkastik dan seolah-olah meminta saya buka tudung. Insya-Allah, saya minta dijauhi perkara itu,” katanya.