Genap 6 bulan pemergian Abam Fad tampil buat satu pengakuan. Terkedu rupa rupanya ini yang terjadi pada Fad.

MESKIPUN sudah enam bulan pelawak Abam pergi menghadap illahi, anggota kumpulan Bocey iaitu Fad mengakui perasaan rindu terhadap arwah masih belum hilang. Menerusi Instagram, Fad atau nama sebenar Fadzlie Mohd Nizam berkongsi rakaman video kenangan ketika arwah melawatnya di sebuah hospital pada tahun lalu.

“10 Ogos 2020, genap enam bulan kau pergi… rindu ini tak pernah berubah, kenangan masa dia datang melawat saya di hospital tahun lalu. “Rindunya dengan gurauan kau macam ni… terus bahagia di dunia abadi sahabat yang dicintai Syed Umar Mokhtar,” tulisnya di laman tersebut.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi rakaman Abam mengusiknya ketika dia sedang terbaring di atas katil hospital. Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut meluahkan kerinduan terhadap Abam. “Sekejap sahaja dah enam bulan… Ya Allah kami sangat rindu gelagat Abam. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. “Semoga Fad dan Achey terus kuat! Kami rindu ahli Bocey naik pentas hiburkan kami semua.

“Persahatan yang telus dan pengakhiran yang terlalu indah… cemburu lihat kasih sayang korang semoga kekal ke Jannah,” tulis pengikut. Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pergi menghadap illahi di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas. Abam tinggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun. Selain Fad, Bocey turut dianggotai oleh Achey.