Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri. Ini cara yang betul ketika Cabut Gigi Di Rumah.

igi susu anak dah mula goyang-goyang sebenarnya mak ayah boleh cabut sendiri di rumah tanpa perlu ke klinik gigi. Tapi mungkin ramai yang takut nak buat kerana tiada pengalaman atau tak tahu cara yang betul. Dr Azila Mohd Kasim dari Klinik Pergigian Azila Bangi berkongsi prosedur yang betul untuk anda lakukan ini di rumah. Lepas ni kalau si kecil merengek gigi dah bergoyang bolehlah cuba cabut sendiri di rumah.

Mencabut gigi susu anak berbeza dengan mencabut gigi kekal. Gigi anak yang sudah sangat goyang sebenarnya dapat dicabut sendiri. Anda tak perlu terburu-buru mencabutnya, kecuali gigi kekal sudah terlihat muncul di permukaan atau gigi susu sudah sangat goyang. Cabutan gigi dapat dilakukan di rumah. Namun, harus dalam keadaan bersih dan steril. Umumnya terdapat dua kategori jenis anak yang mengalami gigi goyang, menurut American Dental Association.

Anak yang ingin segera giginya dicabut dan perlukan bantuan anda. Anak yang sama sekali tidak ingin anda menyentuh giginya dan pencabutan gigi di rumah hanya boleh dilakukan pada kategori anak pertama. Tapi hindari melakukan pencabutan ketika akar gigi susu masih kuat. Ini akan membuat akar gigi susu patah dan tertinggal, juga menimbulkan rasa sakit. Prosedur pencabut gigi ketika dirumah. pertama, Sebelum mencabut gigi anak di rumah, pastikan anak anda memang ingin giginya dicabut.

Jika sudah yakin, cucilah tangan anda dan tangan anak dengan air dan sabun. Kedua, minta anak untuk menggoyang-goyangkan gigi yang sudah goyang sama ada dengan jari atau lidah. ketiga, jika anak tidak merasa sakit, gigi sedia untuk dicabut. Beri sokongan kepada anak untuk melakukan cabutannya sendiri. Kempat, Lilitkan gigi anak dengan benang bersih, pastikan anak memegang gigi kuat-kuat Beri kesempatan kepada anak untuk menarik giginya agar dirinya dapat mengawal seberapa besar rasa sakit yang mampu dia terima.

sumber Dr. Azila mohd kasim