Guru Sekolah Agama ini didapati bersalah atas satu sebab ini. Sehinggakan menangis teresak esak untuk minta hukumannya diringankan.

Kerana mulut badan binasa. Seorang guru agama hari ini didapati bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen palsu di Facebook oleh Mahkamah Sesyen. Mohd. Faiz Basri, 28, menangis teresak-esak selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah sambil merayu supaya hukuman diringankan.

Faiz tak tau ia satu kesalahan. Menurut Berita Harian, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen palsu di Taman Lembah Bujang, Bedong, pada jam 3.28 petang, 5 Oktober lalu.

Balai Polis Sungai Petani ditutup sementara ekoran 32 kakitangan disaring dan kini dikuarantin -SP Today‘ dan ‘Kemaskini Balai Polis Sungai Petani ditutup sementara untuk sanitasi ekoran 32 orang iaitu 18 pegawai polis dan staf serta 14 banduan disaring dan kini sedang dikuarantin-SP Today‘.

Tertuduh mengakui kesalahannya dan mendakwa tidak mengetahui perbuatannya itu menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Tuan hakim, saya ingin memaklumkan bahawa saya hanya bekerja di sekolah agama dan hanya memiliki motosikal, kereta pun tidak ada. Saya tidak mampu tuan hakim.”Saya mempunyai seorang isteri yang merupakan suri rumah sepenuh masa serta dua anak berusia dua dan tiga tahun.” Jelasnya lagi, dia kekurangan pendapatan sejak PKP bermula kerana gaji bulanannya terpaksa dipotong daripada lebih RM1,000 kepada RM500 sebulan.

Hakim Azman Abu Hassan sepatutnya tertuduh berfikir dahulu sebelum membuat sebarang penghantaran di media sosial kerana ianya boleh beri impak yang besar kepada pembaca. Oleh itu, Faiz dikehendaki membayar denda sebanyak RM2,500 dan tambahan penjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar. Lapor Kosmo, guru agama yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok ini telah membayar denda tersebut