Haqiem Rusli tunaikan hasrat ibunya yang sudah lama diidamkan selama ini. Dia tidak mahu menghebohkan perkara ini.

Penyanyi muda yang kini semakin meningkat naik namanya, Haqiem Rusli,21, telah menunaikan hasrat ibunya, Nazrah Ahmad Nordin untuk memiliki sebuah kereta baru. Menerusi ruangan Instagram milik Haqiem, dia dilihat telah memuat naik foto bersama ibu-nya berlatar belakangkan sebuah kereta proton X70 dengan kapsyen ringkas.

Ditemui media, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu berkata bahawa ibunya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kereta baharu sejak awal tahun lagi.

Tambahnya lagi, baru kini dia memiliki rezeki lebih berkongsi wang membeli kereta terebut untuk ibu tercinta.

Meskipun begitu, dia sebenarnya tidak mahu menghebohkan mengenai perkara itu kerana tidak mahu muncul kata-kata kurang baik mengenainya. Tetapi apabila ianya sudah ditanyakan, Haqiem tidak menolak untuk memberi penjelasan. Namun mengenai soal membelinya secara tunai atau ansuran, Haqiem enggan mengulas lanjut.

“Alhamdullilah, atas rezeki Allah SWT. Saya ada banyak juga buat ‘survey; termasuk kereta BMW dan Range Rover, tapi ini menjadi pilihan. Ayah pun suka,” Perkembangan terkini, Haqiem yang baru saja muncul dengan single Adlina Marie bakal muncul dengan lagu baharu bertajuk Lara secara trio bersama rakan artis lain iaitu Naim Daniel dan Hael Husaini.

Sumber : Harian Metro