Heboh aksi dua kucing yang dikatakan seperti sedang berbalah ini terus mendapat perhatian warganet. Ini reaksi mereka dengan video kucing yang bermain satu permainan ini.

Jika anda mempunyai dua atau lebih kucing pasti anda akan menghadapi situasi dimana kucing-kucing ini sering berbalah antara satu sama lain. Meskipun ada kucing yang mudah menerima kehadiran kucing baru, namun masih terdapat sesetengah haiwan ini yang pantang bertemu dan pasti hendak berbalah. Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @anthraxxx dimana terdapat dua ekor kucing yang dilihat sedang berbalah. Kejadian itu berlaku ketika haiwan-haiwan itu  berada di ruang tamu rumah terbabit.

Menerusi Tweet berkenaan, kedua-dua kucing tersebut kelihatan sedang berckr antara satu sama lain. Namun begitu, lain pula cakran haiwan itu kerana dibuat dengan lemah lembut seolah-olah seperti sedang bermain permainan generasi 90-an. Rata-rata warga warganet berasa terhibur setelah melihat gelagat dua ekor kucing terbabit di samping ada yang turut meluahkan rasa geram mereka terhadap kecomelan haiwan berkenaan. “Dia main milo ais butterfly bird bird kangkung je tu”, kata salah seorang warganet yang tinggalkan komen dengan nada jenaka. Video yang berdurasi selama 16 saat itu telah menjadi tontonan ramai sehingga menerima sebanyak hampir 1 juta tontonan umum menerusi laman akaun Twitter terbabit. Rata rata warganet tinggalkan komen ini . “Ni bukan berbalah ni…”. “Video paling comel yang saya pernah tengok…”

Sumber: HCL

Beri makanan kepada kucing ini. Lelaki itu terus dapat sesuatu secara tiba tiba. Rupa rupanya ini yang dia dapat selepas berbuat baik kepada haiwan tersebut.

Pernah tak bila anda berada di kedai makan, tiba-tiba ada kucing yang datang?. Dengan keadaan yang kotor dan kurus meminta makanan dengan anda. Ada yang memberi makan dan ada juga yang menghadiahkan dengan perbuatan kasar. Realiti yang boleh dilihat pada hari ini. Setuju atau tidak?. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan, bukan sahaja material dan wang ringgit. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.

Secebis kisah yang dikongsikan oleh Kedai Kucing Si Comel melalui pengalamannya sendiri diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana untuk berkasih sayang sesama haiwan. Jika anda tidak mendapat ganjarannya sekarang, yakinlah akan nilai pahalanya di akhirat kelak.

Saya memberi makan kepada 2 anak kucing yang kelaparan. Apa yang berlaku 2 jam selepas itu memang pellik. 3.45pm: Aku berhentikan kereta. Ternampak 2 ekor anak kucing lapar. Aku keluarkan makanan kucing dari bag, terus bagi mereka makan. Tak sampai hati. Jika Rasulullah nampak, baginda mesti sedih sebab baginda sayang pada kucing. Niat sebab Rasulullah. 6.00 pm: Aku beli kuih. Makcik jual kuih bagi free kuih plak. Aku tak kenal pon makcik tu. Bayar seringgit tapi dapat banyak. 6.30pm : Aku order nasi goreng kampung special campur udang dan sotong. Lama tunggu sebab ramai orang. Masa nak bayar, cashier cakap FREE. Aku blurr, apasal free? Cashieer cakap nasi ni tak perlu bayar.

Aku terangkat kening sebab hairan, orang lain kena bayar, apasal free?. Aku tak kenal pon tokey restoran ini. Mungkin ramai ingat aku reka cerita sebab lapar Likes. Aku tak paksa korang percaya. Lepas aku kira semula, sebenarnya makanan kucing tadi tak guna duit aku pon, sebab ada SESUATU dah GANTI dengan kuih free dan nasi pon free. Duit aku tak terjejas. Agak pelikk, dan agak seram juga. Apa pendapat korang? Tu laa gambar budak 2 ekor. Lepas dapat nasi free, aku terus tangkapp 1 keping gambar nasi dengan makanan kucing yang aku beli untuk budak-budak Meow tadi.

Sumber : SK