Heboh finalis Hero Remaja Meerqeen menjadi bualan hangat warganet apabila pertama kali berganding dengan selebriti terkenal dalam satu filem ini. Ini reaksi peminatnya dengan kemunculan Meerqeen nanti.

Finalis hero Remaja, Meerqeen mendapat perhatian peminat apabila bakal muncul dengan filem pertama berjudul Kelaster. Menerusi ruangan komen akaun Instagram miliknya, peminat mula menyatakan rasa tidak untuk melihat lakonan Meerqeen. “Wow tak sabarnya nak tengok”, “Tahniah untuk filem pertama anda,” dan “Tahniah Mermer, see you soon,” antara komen yang diberikan.

Meerqeen bakal membawakan watak Usop iaitu salah seorang pelajar yang terperangkap di kolej selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah membendung wabak pandemik COVID-19. Selain Meerqeen, Kelaster juga dibintangi oleh Nora Danish, Achey, Merqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani, Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang akan ditayangkan pada September ini. Menariknya lagi, filem ini merupakan penampilan ‘comeback’ Nora selepas dua tahun. Jangan lupa saksikan Kelaster bermula 24 September 2020 di Astro First (saluran 480).

SUMBER: GEMPAK

Meerqeen mahu menjadi seperti seorang pelakon terkenal ini. Beliau yakin boleh tarik orang dengan penampilan barunya.

KUALA LUMPUR: Dipilih menggantikan pelakon senior dalam drama arahan Michael Ang, pasti ada sesuatu yang hebat dimiliki bakat baharu, Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan salah seorang peserta Pencarian Hero Remaja 2020. Berusia 19 tahun, Meerqeen atau nama sebenar, Shameer Shauqeen Shaiful Izam berbangga dipilih Michael menghidupkan watak utama dalam drama rantaian Takdir Kita. “Biarpun sebelum ini ada kontroversi di sebalik pemilihan teraju utama itu, saya masih berbangga dipilih sebagai pelakon ganti.

“Boleh dikatakan drama Takdir Kita adalah antara naskhah besar buat saya, biarpun sebelum ini, saya pernah membawa watak utama dalam filem televisyen (TV), Kelaster. “Saya gembira orang lain percaya keupayaan saya. Jadi, saya menggunakan kepercayaan itu sebaik-baiknya,” katanya kepada BH Online. Meerqeen sebelum ini pernah menolak tawaran Michael disebabkan terikat dengan pengajian dalam bidang insurans di Kolej Vokasional, Gombak.

“Saya mahu menjadi seperti Hun Haqeem yang disebut-sebut namanya sekarang,” katanya yang menjadikan Bront Palarae sebagai idola. Sementara itu, Meerqeen yang membintangi filem TV, Frontliners terbitan D’Alphalegacy Sdn Bhd, memberitahu, dia membawa watak pesakit COVID-19 dari kumpulan yang digelar ‘kluster kayangan’. Frontliner adalah naskhah yang diilhamkan daripada kisah pengorbanan dan konflik dalaman wira barisan hadapan yang menjadi benteng utama membendung penularan wabak COVID-19. Filem sentuhan penulis skrip, A’minahtul Marrdiah dan diarahkan Razif Ajiboy Rashid akan disiarkan melalui platform Astro First Eksklusif di saluran 480, Oktober ini. Pelakon lain yang turut membintangi Frontliners adalah Azhan Rani, Wan Maimunah, Farah Ahmad, Achey, Ashraf Muslim dan Beto Kusyairy.- Berita Harian Online