Heboh tiba tiba Nandos keluarkan kenyataan pelik sampai membuatkan warganet tertanya tanya dengan tindakan pihak mereka. Ini reaksi warganet mengenai posting Nandos baru baru ini.

Tahun 2020 merupakan tahun yang suram buat semua kaum di Malaysia kerana masing-masing tidak dapat meraikan hari perayaan mengikut tradisi budaya yang biasa diamalkan, berikutan wabak Covid 19. Sambutan Tahun Baru Cina pada Januari adalah permulaan bagaimana wabak tersebut mula tersebar ke luar China apabila ramai yang ke luar negara untuk menyambut perayaan itu. Pada musim Hari Raya Aidilfitri pula PKP terpaksa dijalankan secara ketat di mana semua orang terpaksa berkurung di rumah.

Perayaan Deepavali dan Krismas juga belum tentu akan dapat diraikan seperti biasa memandangkan kes Covid yang semakin meningkat pada ketika ini. Seolah-olah ingin mengubat kekurangan kemeriahan perayaan pada tahun ini, rangkaian restoran terkenal, Nando’s telah memuat naik ucapan Selamat Hari Raya dan Selamat Tahun Baru Cina ke laman media sosial mereka baru-baru ini, membuat ramai garu kepala. Rata-rata warganet mengambil peluang itu untuk cuba memikirkan penjelasan di sebalik tindakan Nando’s itu memandang pihak restoran tidak memberi sebarang respon. “Ke sebab pilihan raya?”. “Bila kau upload tweet guna Internet Explorer…”. “Ada budak intern yang terperangkap kat bawah bangunan Nando’s ke…”. “Nando’s cuba putar balik masa…”. Walaupun ramai yang keliru dengan posting Nando’s itu, ada yang percaya bahawa ia hanya satu strategi pemasaran.

SUMBER: HCL

Laksana PKP pada hari raya: Dr Jemilah

Dahulu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Hari Raya Aidilfitri bagi mencegah lonjakan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini. Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman serta bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan kesan buruk.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita boleh kalah daripada semua yang telah dilakukan. Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga. “Mungkin lockdown semasa hari raya adalah satu langkah pencegahan yang baik? Ayuh kekalkan perkembangan baik kita,” katanya di Twitter hari ini. Beliau berkata demikian dengan memuat naik graf Permodelan dan Ramalan Covid-19 oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Jemilah turut meletakkan tanda pada akaun Twitter Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan itu. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi pada setiap perayaan dalam masa terdekat ini hanya dihadkan pada hari pertama sahaja. Menurutnya, aktiviti itu juga hanya terhad kepada 20 orang pada hari tersebut terdiri daripada ahli keluarga terdekat.


Sumber: Sinar Harian