Hendak memancing dan hantar kucing. Ini antara alasan alasan yang diberikan oleh masyarakat ketika pelaksanaan PKPB dan akhirnya ini tindakan polis mengenai hal itu.

Sejak PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikuatkasakan minggu lepas, bermacam-macam alasan yang orang awam berikan untuk membuat permohonan rentas negeri, antaranya hendak memancing dan hantar kucing. Lapor Berita Harian. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata sejak 5 Oktober lalu pihaknya menerima 990 permohonan untuk rentas negeri.

7 daripadanya terpaksa ditolak kerana memberi alasan tidak munasabah. Ada juga memberikan alasan yang tidak masuk akal untuk keluar dan masuk daerah zon merah. Selain itu ada juga di antara mereka yang memohon untuk rentas daerah kerana mahu berjumpa rakan dan bersukan di kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.”  Dalam pada itu, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya yang bermula 14 Oktober lalu, sebanyak 21 tangkapan telah dilakukan 22 kompaun atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, membawa lebih penumpang, tidak mendaftar sebelum memasuki premis dan tidak menyediakan alat pengimbas suhu di premis.” Tambahnya lagi selepas perlaksanaan PKPB di Putrajaya, pihaknya sudah ambil tempoh 2 hari untuk memberi nasihat kepada masyarakat. Kini individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan terus dikenakan tindakan.-LOBAKMERAH

26 daerah ini dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari. KKM akhirnya dedah daerah berkenaan dan harap penduduk ambil berat akan isu ini


Sebanyak 26 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 7 hingga 20 Oktober, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan senarai yang diberikan CPRC, Sabah mencatatkan jumlah zon merah tertinggi dengan 16 daerah manakala Selangor mencatatkan lima daerah, masing-masing dua daerah di Kedah (Kota Setar dan Pokok Sena) dan Pulau Pinang (Timur Laut dan Seberang Perai Selatan), manakala satu di Perak iaitu daerah Larut, Matang, Selama.

Memperincikan 16 daerah di Sabah itu, ia melibatkan daerah Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tuaran, Kunak, Papar, Semporna, Tawau, Putatan, Penampang, Ranau, Beaufort, Kota Belud, Keningau, Tambunan dan Kudat.Lima daerah di Selangor pula melibatkan Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat. Dari segi mukim pula, Kedah melibatkan mukim Kota Setar dan Gajah Mati; Pulau Pinang (Georgetown dan Mukim 6); Perak (Taiping); dan Selangor (Klang, Kapar, Sungai Buloh, Petaling, Damansara, Kajang dan Tanjung Dua Belas (1)).

Selain itu, mukim merah di Sabah melibatkan Bandar, Silabukan dan kawasan Felda di Lahad Datu; Kota Kinabalu (Laut, Likas, Pantai, Sembulan, Darat, Kamung Air, Petagas dan Tanjung Aru); Sandakan (Sentosa, Karamunting, Beatrice, Batu Sapi, Sibuga dan Pantai Elopura); Tuaran (Indai, Serusup dan Tambalang); Kunak (Pekan); Papar (Pengalit/Kawang dan Labak/ Kinarut); Semporna (Bugaya dan Tampi-Tampi); Tawau (Sri Tanjung, Merotai dan Balung); Putatan (Petagas dan Lok Kawi); Penampang (Kepayan dan Penampang Baru); Kota Belud (Kulambai); dan Kudat (Tiga Papan). – Bernama