Ibu bayi kecil ini terkejut dan tak sangka tengok tangan anak dah jadi macam ni gara gara pakai gelang emas pada bayi. Sekali ini pesan doktor pada ibu bayi ini.

Seorang ibu tidak menyangka tindakannya memakaikan rantai tangan menyebabkan pergelangan tangan anak perempuannya mengecil. Memang menjadi tabiat golongan ibu, mereka rajin mendandan dan menggayakan anak perempuan. Apatah lagi bagi mereka yang sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata perempuan, sudah pasti anak tersebut akan digayakan dengan pakaian yang cantik serta perhiasan barang kemas.

Namun perkongsian seorang pelayar Facebook ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada ibu di luar sana agar menitikberatkan aspek tertentu ketika menggayakan anak perempuan masing-masing. Menurut Cik Puan Auni, dia tidak menyangka tindakannya memakaikan rantai tangan kepada anak perempuannya sejak bayi rupa-rupanya memberi kesan kepada pergelangan tangan anaknya itu.

“Penantian menunggu anak kedua selepas empat tahun. Alhamdulillah dapat bayi perempuan diberi nama Puteri Alice Kayyisa. Bagi Alice pakai gelang dari umur dia tiga bulan. Setiap bulan akan laraskan saiz gelang dia. Tapi bulan lepas saja rasa nak cuci gelang Alice sebab nampak berdaki. Apa yang jadi bila buka gelang Alice, tangannya mengecil pada pergelangan tangan walaupun gelang boleh gerak-gerak. Nasib la buka nak cuci… kalau tak, tak tahu apa jadi. Allah gerakkan hati untuk buka,” katanya pada perkongsian tersebut. Tambah wanita itu, dia kemudian segera membawa anak perempuannya itu membuat pemeriksaan di klinik kerana bimbang keadaan tersebut memberi kesan jangka panjang.

Biasalah, sindrom mak-mak nak anak dara segak dan comel. Nampak comel pakai emas, pakai headband. Sumpah dah fobia

“Doktor cakap jangan bagi bayi pakai gelang, rantai atau sebagainya sebab ganggu tumbesaran bayi. Bayi membesar sewaktu dia tidur. Allah, seriau darah dengar. Kalaulah tak buka cuci, tentu lagi teruk,” katanya lagi. Menurutnya, selepas mendengar nasihat doktor, dia segera mengambil tindakan menanggalkan rantai tangan tersebut kerana fobia melihat keadaan pergelangan tangan anaknya itu.

“Tangan Alice dah makin sembuh. Tangan dah tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan sajalah. Tunggulah besar sikit, baru nak bagi pakai semula. Biasalah, sindrom mak-mak nak anak dara segak dan comel. Nampak comel pakai emas, pakai headband. Sumpah dah fobia. Jangan judge Auni, sebab Auni pun tak tahu akibat dia… mungkin ada yang pakai, tak jadi apa-apa… ada yang senasib dengan Auni. Niat nak kongsi agar ramai yang dapat info ini dan tak terima nasib macam ni. Tak ada niat nak menunjuk. Cuma sebagai mak-mak, memang tak dinafikan teruja bila dapat anak perempuan…. mulalah nak berhias. Tak salah, cuma jangan lalai saja,” katanya lagi.