Impak watak Nurul Ain beri nyata beri kesan hebat pada kehidupan Wafariena. Dia dedah ada lelaki tergamak jadikan dia wanita simpanan sebab obses akan wataknya yang satu ini

Berjaya membawa watak sebagai Nurul Ain sebagai perampas suami orang dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 sehingga dikritik hebat oleh warganet, bagaimanapun Wafariena berkata karakter sebenarnya sangat berbeza dengan dalam drama. Mengakui pernah dikacau dan digoda lelaki berstatus suami orang, namun Wafariena tidak melayan godaan tersebut, malah tidak pernah terfikir untuk merampas suami orang.

“Wafariena dan Nurul Ain adalah orang yang sangat berbeza. Memang karakter kami tidak sama pun dan banyak perbezaan. Nak rampas suami orang itu, memang tak la. “Kalau orang tak kenal saya mereka mesti ingat saya tidak mesra. Sebenarnya, sebelum saya dikenali, ada saja suami orang yang menganggu saya. Tapi memang saya tak layan langsung,” katanya kepada mStar Online.Dalam pada itu, Wafariena Mengakui ada warganet di luar sana mengkritiknya kerana menyangkakan dirinya membuka tudung sedangkan dia berhijab untuk watak dalam drama tersebut.

“Sehingga kini masih ada lagi yang kritik saya di DM dan komen di IG tapi saya biar saja. Ada yang kritik dan persoal kenapa saya buka tudung selepas dikenali. “Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain saya pakai. Tapi orang yang baru follow saya memang tak tahu saya sememangnya tidak bertudung,” katanya.

Wafariena buat ramai senang duduk

Watak Nurul Ain menerusi drama yang kini mencetuskan fenomena, 7 Hari Mencintaiku 2, memberi impak besar kepada bakat baharu, Wafariena Roslan, 25, apabila ada ingin membuat sesuatu padanya, selain berkata kata kata negatif dengan perkataan kurang elok yang tidak terhitung banyaknya. Watak Nurul Ain sakiti hati penonton gara-gara usaha gadis itu yang memporak-perandakan rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya) dalam drama siaran slot Akasia di TV3 itu.

Bagaimanapun, ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada gadis kelahiran Pulau Pinang itu. Wafariena atau lebih mesra disapa Wafa berkata, dia menerima mesej langsung (DM) dalam akaun Instagram (IG) setiap hari. Kata kata negatif dan perkataan kurang elok oleh penonton menandakan lakonannya menjadi. “Walaupun kena kata kata negatif , saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya. “Saya sudah jangka watak Nurul Ain akan menerima impak besar. Ada yang memanggil saya dengan gelaran tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin televisyen (TV), kemudian menghantarnya kepada saya.

“Cuma, saya perlu berhati-hati apabila ada yang ingin buat sesuatu pada wajahnya. Nasib baik kita dikehendaki memakai pelitup wajah, jadi sukarlah mereka mengecam wajah saya. “Tetapi, pernah juga saya seorang makcik berang ketika sedang makan, gara-gara terlalu tidak menyukai watak Nurul Ain. Awalnya, saya agak terkejut dan memintanya bersabar, tetapi semuanya baik-baik sahaja, malah dia siap bergambar dengan saya,” katanya kepada BH Online. Wafa yang mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak tahun lalu bersyukur kerana drama rantaian pertama yang dijayakannya tinggalkan kesan kepada penonton. Tawaran membintangi drama arahan Jamal Khan itu diterima pada saat akhir.

“Mungkin ini adalah permulaan baik untuk bakat baharu seperti saya. Sebelum ini, saya pernah menjayakan beberapa telefilem, tetapi lakonan belum cukup menyerlah. Berbeza dengan watak Nurul Ain. “Alhamdulillah, tawaran lakonan semakin banyak diterima. Sebagai pelakon baharu, saya tak boleh memilih watak. Saya akan menerima apa sahaja tawaran untuk mengasah bakat dan pengalaman dalam bidang lakonan,” katanya yang pernah membintangi telefilem berjudul Rinding, Main Kahwin Kahwi dan Kisah Seram Hostel.

Menjawab pertanyaan, tidakkah bimbang jika tawaran diterima tidak tinggalkan impak seperti Nurul Ain, Wafa berkata, tidak risau sebaliknya sentiasa yakin dengan setiap karakter yang dilakonkan. Sebelum melangkah dalam dunia lakonan, Wafa berkata, dia terlebih dahulu mencuba nasib sebagai penyanyi. Katanya, dia kini bernaung di bawah syarikat MAP Music, sedang sibuk mempromosikan single pertama berjudul Carilah Aku. Wafa yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin pernah berkerja sebagai penyanyi sambilan dan mengikuti pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ramai panas hati

Tak benarlah jika dikatakan seseorang pelakon tidak mengimpikan watak hero atau heroin dalam kerjaya mereka. Begitulah juga dengan Wafariena Roslan, 25, yang teringin membawakan watak begitu. Sebagai pendatang baharu, gadis berdagu lekuk ini akur peluang sedemikian tidak mudah diperoleh. Bekas peserta pencarian Dewi Remaja 2019 ini bersetuju menerima watak antagonis sebagai Nurul Ain menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang kini ditayangkan di TV3. Siapa sangka drama ini mencetus fenomena dan impak tersendiri kepada Wafariena atau Wafa kerana peminat amat tidak menyukai wataknya sekali gus melonjakkan namanya.

“Alhamdulillah, rezeki saya kerana berjaya diterima peminat dengan watak ini. Mereka tidak menyukai tapi dalam masa sama membuktikan yang lakonan saya menjadi dan saya berjaya bawa watak ini dengan baik. “Dari situ juga saya berdepan kritikan yang hebat daripada penonton dan macam-macam yang berlaku. Saya dah agak watak ini pasti undang perhatian. “Biasalah ini memang cara warganet dan saya tak boleh buat apa-apa. Dah saya yang lakonkan watak ini, jadi kenalah terima. Lagipun mereka berang akan Nurul dan bukannya Wafa,” katanya.

Menerusi drama yang mengisi slot Akasia ini, Nurul Ain adalah orang kedua rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya). Lakonan yang ditampilkan Wafa menjadi dan bersahaja membuatkan ramai yang panas hati dengan Nurul Ain. “Apa yang berlaku sebenarnya tak beri kesan sangat terhadap kehidupan seharian saya. Sebelum buat drama ini pun, ada yang kenal saya kerana saya dah pernah tampil dalam beberapa drama lain.

“Tapi dengan drama ini lagilah orang kenal saya. Cuma untungnya sekarang kita kena pakai pelitup hidung dan mulut, jadi orang tak dapat cam sangat. “Namun kalau di kedai makan apabila buka pelitup hidung dan mulut, pasti ada yang kenal dan mendekati. Mereka bukan nak berang sebaliknya mahu bergambar,” katanya. Wafariena yang berasal dari Pulau Pinang melangkah masuk dalam industri lakonan sejak setahun lalu. Dia pernah membintangi telefilem Kisah Seram Hostel untuk Astro, Main Kahwin-Kahwin (Astro), Rinding (TV3) dan filem Buntat.

“Bagi saya 7 Hari Mencintaiku 2 arahan Jamal Khan benar-benar bawa rezeki. Saya dapat panggilan daripada produksi minta saya bawakan watak Nurul Ain. “Saya tertarik dan mahu mencuba watak yang berbeza daripada apa yang saya buat sebelum ini. Nurul Ain bawa cabaran tersendiri. Alhamdulillah, selepas ini saya dah semakin dihujani tawaran berlakon drama termasuk watak heroin. Inilah yang dikata rezeki,” katanya. Ramai juga yang tidak tahu, Wafariena sebenarnya bermula sebagai penyanyi sebelum melebarkan langkah dalam lakonan.

Dia yang bernaung di bawah syarikat MAP Music, muncul dengan single sulung berjudul Carilah Aku ciptaan Johari Teh dan lirik Aryan. “Saya mula menyanyi sejak kecil dan aktif menyanyi sehingga lepas sekolah. Malah saya pernah menyanyi dengan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang. “Sehinggalah saya dapat panggilan daripada Johari Teh untuk uji bakat. Dia berminat dan seterusnya melamar saya sebagai artis MAP Music,” katanya. Ditanya berkenaan teman lelaki, anak keempat daripada tujuh beradik ini tidak menafikan sering didekati lelaki, namun tidak mengendahkannya. “Biarlah dulu kerana saya ada kerjaya dan perlu fokus. Selain itu, saya juga nak bantu keluarga sara adik beradik,” katanya.