Ingin tampak sempurna di mata warganet hingga tergamak sunting air menjadi herot tular di media sosial. Atikah Suhaime selar kenyataan warganet serta tampil pertahan diri buat ramai terkelu

Pelakon Atikah Suhaime memuat naik sekeping foto di dalam kolam renang yang undang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya mengenai keaslian foto tersebut.Bahkan, ada yang mengatakan Atikah sudah melakukan suntingan terhadap gambar tersebut kerana terdapat imej herot pada imej pantulan pada air. Begitupun, menurut Atikah, gambar yang diambil ketika bercuti di sebuah resort di Gambang, Pahang itu tidak disunting langsung. Sebaliknya, jelasnya, ia hanyalah kesan biasan pada air secara semula jadi.

“Gambar asal ada kelihatan imej kaki besar di bahagian dasar. Adakah anda ingin cakap yang saya menyunting kaki besar di bawah ini? “Kenapa perlu saya lakukannya? Adakah anda belajar mengenai pembiasan di sekolah atau warganet sekarang tidak cerdik?,” katanya menerusi satu entri di Instagram Story. Begitupun, Atikah kemudian menafikan terdapat suntingan dibuat selain menyindir bahawa foto tersebut sudah cukup sempurna termasuklah wajahnya. “Wajah saya telah disunting oleh vogue clinic kl. Tak perlu untuk edit gambar saya di Instagram lagi,” jawabnya. Atikah kini sedang bercuti bersama kekasih hatinya, Datuk Lokman Teh di Pahang.

Atikah Suhaime Akhirnya Akui Datuk Lokman Teh Kekasih Baharunya

Pelakon Atikah Suhaime akhirnya terbuka dedahkan kekasihnya iaitu ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.
Atikah menerusi akaun Instagram miliknya, akui Lokman Teh tersebut merupakan kekasihnya. Malah pelakon yang berasal dari Singapura itu turut memuat naik foto mesra mereka berdua. “Kekasih saya tak tahu mengambil gambar tetapi saya masih sayangkannya,” kapsyennya dari gambar yang dimuat naik. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka. Pada Julai tahun lalu, Atikah ada memberi kenyataan kepada media bahawa dia baharu sahaja mengenali hati budi Lokman. Terdahulu, Atikah mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum sepatutnya mereka diijabkabulkan.

‘Apa motif Atikah?’

“Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja.” Demikian reaksi penyanyi Awi Rafael, 34, ketika mengulas perlakuan bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang membuat luahan menerusi Instagram Story, semalam, mengatakan dirinya pernah melalui episod hubungan tidak sihat. Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael berkata, dia mendapat tahu perkara itu menerusi teman rapatnya, namun tidak melatah. Awi bagaimanapun, menegaskan pernyataan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal sebagai tidak benar. “Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.

“Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan kurang baik. Saya memilih untuk menjadi lebih positif. “Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing,” katanya kepada BH Online. Dalam luahan itu, Atikah mengatakan, dirinya pernah melalui situasi gelap dalam sebuah perhubungan dan ketika dia mencari kejujuran, ia bertukar menjadi perkara tidak indah. Pelakon yang popular menerusi filem Highland Tower dan Legenda Budak Hostel itu juga mengatakan, dirinya menjadi mangsa hubungan yang ‘menguji’ emosi dan memberi peringatan kepada wanita lain supaya segera sedemikian apabila berdepan situasi sama.

Sementara itu, Awi bersyukur, orang ramai tidak menilai berdasarkan kenyataan yang tersebar dan yakin mereka mengenali dirinya yang sebenar. “Saya tidak perlu membuat penjelasan. Saya percaya, orang luar juga tahu personaliti saya yang sebenar. “Saya kasihankan dia. Saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan ini, malah mendoakan dia sentiasa dilindungi Allah. Apa yang berlaku ini, saya anggap sebagai perlakuan wanita yang mengikut emosi,” katanya. Dalam perkembangan lain, Awi berkata, dia sibuk menguruskan program muzik untuk kanak-kanak autisme sebagai terapi bagi mencungkil kemahiran golongan itu. Di bawah akademi miliknya, Newsantara, Awi kini memiliki 47 pelajar sejak diperkenalkan Julai tahun lalu. Awi juga bersyukur modul yang diperkenalkan menunjukkan hasil positif sehingga mendapat kepercayaan banyak pihak untuk mengembangkan usaha itu.

Atikah Suhaime Dedah Masalah Hubungan Selepas Setahun Batal Kahwin? Ini Respon Awi Rafael

Penyanyi Awi Rafael, 34, tidak mengetahui motif bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang membuat pendedahan di laman Instagram Story, mengenai kemelut hubungan tidak sihat yang pernah dilalui. Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael menafikan pernyataan Atikah yang mengatakan dirinya berpura-pura kaya dan kononnya menyalahkan wanita itu apabila perkahwinan mereka dibatalkan. “Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja.

“Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah. “Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Saya memilih untuk menjadi lebih positif. “Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing,” katanya yang mendapat tahu kiriman aktres itu melalui rakannya. Terdahulu dalam entri berkenaan, Atikah dikatakan pernah dibelenggu situasi gelap dalam perhubungan dan ia dikatakannya bertukar tidak indah sewaktu dia cuba mendapatkan erti sebuah kejujuran.

Pelakon Highland Tower itu menasihatkan agar kaum wanita agar tidak beremosi jika diuji secara emosi sebagaimana yang terjadi kepadanya. Dalam pada itu, Awi yakin banyak pihak sedia maklum akan siapa dirinya yang sebenar, justeru bersyukur apabila warganet tidak hakimi dan menerima kenyataan wanita itu bulat-bulat. “Saya tidak perlu membuat penjelasan. Saya percaya, orang luar juga tahu personaliti saya yang sebenar. “Saya kasihankan dia. Saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan ini, malah mendoakan dia sentiasa dilindungi Allah. Apa yang berlaku ini, saya anggap sebagai sikap wanita yang mengikut emosi,” katanya..