Ini rupanya yang terjadi pada kampung ini sehinggakan semua penduduk terpaksa berpindah. Ini yang akan anda lihat kalau ada pergi ke kampung ini.

Pernah tak korang lalu dekat kampung yang tak ada orang langsung? Memang confirm korang akan meremang kalau jalan kat kawasan sunyi macam ni seorang diri kan. Kali ini, admin nak kongsikan tentang sebuah kampung sunyi yang tak ada penghuni walaupun keadaan rumah di situ masih elok dan cantik. Perkampungan Tarikolot di Desa Sidamukti, daerah Majalengka, Indonesia ini sebenarnya sering menghadapi bencana alam dan ia sekali gus mengancam nyawa penduduknya,

Difahamkan, pergerakan tanah sering berlaku di kawasan yang terletak di Jawa Barat ini, jadi 253 buah keluarga telah berpindah dan 180 rumah yang berada dalam keadaan baik juga terpaksa dikosongkan. Sebab tu lah area ni sunyi je.  Pada tahun 2006 telah berlakunya pergerakan tanah yang teruk dan ketika itu, banyak rumah penduduk yang mengalami kerosakan. Sebagai penduduk, mesti dorang tak sedap hati nak duduk di kampung ni lagi sebab kawasan ni juga berada di zon merah bencana. 

Menurut Karwan iaitu ketua kampung tersebut, ramai yang pada mulanya sayang nak berpindah namun atas faktor keselamatan, mereka mendapat penempatan baru di Kampung Buahlega pada tahun 2009 dan telah berpindah setelah rumah di situ siap dibina. “Kebanyakan rumah memang ditinggalkan begitu saja oleh penghuninya,” katanya.

Kalau ada yang melawat kampung ni sekarang pun, korang akan jumpa lebih banyak haiwan seperti ayam dan anjing berbanding manusia. Katanya, ada juga sebilangan kecil penduduk yang masih tinggal di situ. Malah, ada di antara mereka yang telah berpindah menggunakan tanah di sini untuk bertani dan menternak haiwan. Jadi, bangunan-bangunan rumah yang kosong dan terbengkalai kat sini memang nampak seram dan angker. 

DJ Terkenal Terkena Panggilan Misteri Pada Tengah Malam Untuk Menceritakan Satu Kisah Ini. Ramai Yang Tertanya Tanya Apa Kesudahan Panggilan Itu.

Sebut sahaja Lebuhraya Karak, pasti ramai yang biasa mendengar kisah-kisah seram dan misteri yang berlaku di sepanjang jalan tersebut. Antara yang menjadi sebutan adalah kereta Volkswagen kuning yang memotong kenderaan lain secara tiba-tiba.

Selain itu, muncul seorang kanak-kanak lelaki mencari ibunya di tengah-tengah jalan raya sunyi sebelum ‘lesap’ menghilangkan diri. Apa yang menggerunkan lagi, seorang penyampai radio popular dikatakan pernah menjadi individu gangguan pemanggil ‘misteri’ pada waktu malam. Pemanggil tersebut menceritakan kisah kejadian membabitkan keluarganya di Lebuhraya Karak.

‘Mak saya sudah tiada, isteri saya juga sudah tiada’

Memetik daripada sebuah video, DJ radio mengimbau kembali kejadian seram ketika dia bersiaran pada suatu malam. Dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang tidak dikenali menceritakan kisah benar yang berlaku ke atas keluarganya.

Mereka sekeluarga menaiki van menuju ke Kuantan sebelum kenderaan yang dinaiki itu hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaungg. Tambah pemanggil misteri itu lagi, kesan daripada kejadian tersebut seluruh ahli keluarganya tercampak ke dalam gaung.

Sebagai wakil pendengar, DJ radio mempersoalkan jika semua ahli keluarga terjatuh ke dalam gaungg, ia bermakna pemanggil turut terjatuh dan juga telah tiada. Selepas daripada itu, panggilan tiba-tiba sahaja diputuskan.

Dia nak bagi peringatan dikawasan tersebut perlu berhati hati jika bersua van berkenaan. Jika kita terlalu taksub dgn hal yg demikian hal begitulah yg mudah berlaku kepada kita.

“Sy pernah kerja dkt lebuh raya karak bahagian periksa kualiti jalan,sepanjng saya kerja ganggu tak pernah kena cuma,stiap hari ada sahaja kejadian yang berlaku ..kerja kadang-kadang lewat malam,kadang-kadang tidur pun tak menentu ..tp ganggu tu tak pernah kena. Saya pun ada dengar panggilan ni..masa tu duk study lewat mlm..sambil layan lagu isna halil.