Intan Najuwa sambut hari jadi secara sederhana bersama anak anak yatim jadi perhatian ramai. Dia tampil luah sesuatu mengenai dirinya yang ramai yang tak tahu bikin warganet sebak jadi buah mulut ramai

Pelakon Intan Najuwa dedahkan ulang tahun kelahiran ke-23 yang diraikan pada 18 Ogos lalu hanya disambut secara sederhana. Menurut Intan, disebabkan jadual padat dengan penggambaran, dia memilih meraikan dengan makan malam bersama teman rapat. “Tidak ada makan malam mewah, hanya makan malam yang sederhana dengan manusia kegemaran saya. “Muka baru balik penggambaran, kepenatan dan barai. Jubah tu main sarung je.

“Alhamdulillah, secara rasmi saya dah 23 tahun. Saya sangat gembira dan diberkati. “Semoga cepat kahwin dan dilimpahkan rezeki. Amin,” katanya di Instagram Stories. Dalam pada itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela sempat berkongsi rezeki dengan anak-anak di Baitul Lathofah. “Anak-anak saya yang cantik di Baitul Lathofah. Saya minta maaf tidak dapat datang hari ini kerana ada penggambaran. “Tetapi saya berjaya memberikan sesuatu yang istimewa untuk anda semua pada hari jadi saya!” kongsinya lagi.

Intan Najuwa sahkan putus tunang kerana tiada persefahaman – “Jangan kaitkan dia lagi dengan kontroversi saya”

Teka teki mengenai status hubungan Intan Najuwa dan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli akhirnya terjawab apabila aktres itu mengakui ikatan pertunangan mereka sudah berakhir. Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, dia menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak. Intan juga memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu lagi bekas tunangnya terpalit dengan kontroversi dalam industri seni.

“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman. “Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini. “Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan diri saya.

Sebelum ini, mStar ada menerima kiriman email yang menyatakan Intan telah menyekat akaun Instagram dan memadam foto mereka. Malah, perbezaan usia 16 tahun dan berlainan bidang berkemungkinan menjadi punca hubungan mereka bermasalah. Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 15 Januari lalu, Razrul tampil menafikan kenyataan mengenai hubungan pertunangannya dengan Intan sudah berakhir. Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini berharap semua pihak memahami dan tidak menjatuhkan hukum dengan apa yang terjadi.

Digelar ‘Gold Digger’ Dengan Warganet, Ini Jawapan Intan Najuwa.. Padu!

Aktres Intan Najuwa, 23, tampil menjawab pernyataan warganet yang menyatakan dia hanya memilih untuk mengenali lelaki yang kaya dengan wang ringgit. Nama Intan menjadi tumpuan warganet selepas menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, yang juga merupakan bekas tunangnya. Intan menjawab soalan tersebut di Instagram (IG) menerusi ruangan soalan ‘ask me a question’.

“Apa pendapat awak bila orang cakap awak gold digger nak lelaki kaya je,” tanya seorang warganet. Menjawab soalan terbabit, pelakon drama Hantu Punya Bos itu memberikan jawapan yang sangat matang! “Konsepnya mudah. Awak takde duit, lelaki yang berduit pun taknak kat awak. Depa tak pandang pun. “Awak pemalas jadi elok la dapat lelaki pemalas juga. Jangan berangan. “Sebab tu bila ada orang cakap saya gold digger, saya ketawa je,” kata Intan. Pada bulan Februari lalu, Intan membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama Razrul sudah terlerai. Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.

Gambar Zul Ariffin dan Intan Najuwa Berpeluk, “Tunang Tak Jeles Ke?”

Bukan calang-calang..walaupun baharu berusia 22 tahun, tetapi pelakon bernama Intan Najuwa binti Abdul Wahid ini sudahpun digandingkan dengan dua  pelakon yang lebih senior, yang digelar Hero Malaya, iaitu Remy Ishak dan Zul Ariffin! Pada 2017, Intan digandingkan dengan Remy dalam drama Kekasih Paksa Rela, dan kini dia bergandingan dengan Zul Ariffin pula di dalam drama Setelahku Dimiliki yang akan ditayangkan di Slot Akasia, TV3 tak lama lagi.  Namun, yang menjadi isu di kalangan warganet sekarang ni adalah gambar yang diambil Intan dan Zul bagi mempromosikan drama tersebut yang dianggap sedikit keterlaluan dan tidak manis terutama sekali kerana Intan sudah pun menjadi tunangan orang. 

Gambar yang dimuatnaik dalam akaun instagramnya bagi mempromosikan drama tersebut, memperlihatkan Intan dan Zul duduk begitu rapat dan Zul merangkul pinggang dan meletakkan tangan di atas peha pelakon berbadan kecil itu. Terdahulu, Intan pernah dikritik apabila memuat naik gambar didukung pelakon, Idris Khan juga demi mempromosikan drama lakonan mereka, Tuan Danial.