Irwansyah dikatakan berkata buruk dan menyebabkan hilang tiga kontrak iklan ini. Sehinggakan menangis

Gambar sekadar hiasan

Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Pelakon dan penyanyi Irwansyah meluahkan rasa syukur memiliki seorang isteri yang penyabar seperti Zaskia Sungkar sewaktu beliau dikatakan berkata buruk.

Menurut Irwansyah, 35, tiga kontrak iklan yang diterimanya dan isterinya terpaksa dibatalkan berikutan sesuatu kes yang dilemparkan kepadanya berkaitan bisnes.

“Saya tahu ini adalah ujian tetapi saya tertanya-tanya kenapa saat saya ingin melakukan benda baik. Lagi ikhtiar punya anak, saya perlu berdepan situasi macam ini,” katanya.

Bagaimanapun, Irwansyah yang berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube Daniel Mananta tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kes tersebut.

Dalam pada itu, Zaskia Sungkar juga mendedahkan suaminya berasa sedih sehingga menangis ketika berkongsi perkara itu kepadanya.

Pasangan yang hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga itu bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.