Isteri akui suaminya dah banyak lakukan pelbagai perkara untuk dirinya. Sekali isterinya beri kejutan ini untuk suaminya sehinggakan mendapat pujian dari warganet.

Siapa yang tidak gembira apabila pasangan kita memberi kejutan dengan menghadiahkan sesuatu yang tidak diduga kepada kita. Lebih-lebih lagi jika kejutan tersebut merupakan sesuatu yang bernilai untuk kita semua. Menerusi satu perkongsian yang tular di aplikasi Tik Tok, seorang pengguna dikenali sebagai Attyra Saari telah menghadiahkan suami tercinta sejambak bunga duit sempena ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Hargai pengorbanan suami

Jambangan bunga duit yang dipenuhi dengan not RM100 itu diberikan kepada suaminya semasa sedang makan sambil meraikan hari lahir lelaki teristimewa buatnya. Menurut  usahawan tersebut, suaminya telah melakukan pelbagai perkara sepanjang perkahwinan mereka terutamanya ketika sanggup berhenti kerja kira-kira 5 tahun lalu semasa wanita itu jatuh sakit. Walau bagaimanapun, berkat usaha sabar dan ketekunan, perkara tersebut menjadi punca mereka berjaya pada hari ini. Oleh itu, attyrasaari begitu menghargai suami tersayang

Ramai yang doakan

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas diruangan komen dengan kata-kata positif. Mereka juga sempat menitipkan doa agar pasangan ini terus bahagia hingga ke akhir hayat dan hidup harmoni bersama dengan anak-anak.

Cantik bouquet tu!

Semoga terus bahagia hingga ke Jannah

Sebak pula tengok video ni

Sumber: attyrasaari