Isteri Nubhan membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai Doktor Gigi dan ingin menjadi housewife. Nubhan membuat sesuatu kejutan ini untuk meraikan isterinya.

Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad, Afifah Tawfek nekad dengan keputusan untuk memberhentikan kerjayanya sebagai doktor gigi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Kata Afifah atau lebih mesra menggelarkan dirinya Fie, dia senang hati untuk mengikut kata suaminya dan menganggap tugas sebagai suri rumah adalah ‘pekerjaan’ yang mulia.

“Husband kata pekerjaan suri rumah ini pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama sebagai housewife. “Dulu masuk kerja sebagai doktor tak ada pula macam ni,” tulisnya selepas dikejutkan Nubhan sempena hari terakhir perkhidmatannya di Klinik Pergigian Seremban baru-baru ini. Dalam majlis kejutan itu, Nubhan menjemput Fie pada hari terakhirnya dan menghadiahkan isterinya sejambak bunga.


Malah, Nubhan menghadiahkan isterinya itu sekotak perkakas dapur dan kelengkapan pembersihan rumah sebagai permulaan menjadi suri rumah. Pada masa sama, pasangan suami isteri itu turut gigih mengusahakan produk kecantikan milik mereka sendiri. Keputusan Fie untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa itu mendapat pelbagai reaksi warganet. Ada yang bersetuju dan menganggap pintu rezeki itu sentiasa terbuka walau di mana-mana, malah ada juga sebaliknya.

Welcome to group suri rumah berjaya,” tulis @effasharif90. “Mestilah meriah celebration untuk doktor di rumah juga. Housewife ni semua job dia handle. Happy for you,” tambah @sisterholic.co. “Semoga terus maju dengan bisnes. Rezeki ada di mana-mana,” sahut @kaklongmie. “Tak apa, ada rezeki boleh buka klinik private nanti kan. Kami doakan,” tambah seorang pengguna lain lagi.

Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.