Jam tangan sebagai perhiasan dan pelengkap gaya . Ini 3 tips yang anda perlu tahu ketika hendak memilih jam tangan.

Jam tangan bukan sahaja merupakan keperluan, malahan boleh berfungsi sebagai aksesori pelengkap gaya. Pemilihan jam tangan sedikit sebanyak menggambarkan personaliti dan gaya hidup seseorang. Kepada yang ingin membeli jam tangan, disini kami menyenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan panduan sebelum membuat keputusan untuk memilikinya.

Pertama, Material. Jam diperbuat daripada plastik, resin, keluli, logam, logam bersalut emas dan juga emas.
Boleh pilih yang mana sahaja berkenan di hati, asalkan kulit anda tidak alergik dengan material jam berkenaan. Sama ada menggunakan kulit atau gelang keluli, kedua-duanya tiada masalah. Namun kebiasaannya, strap kulit lebih praktikal untuk aktiviti santai dan dipadankan dengan pakaian kasual. Manakala jam tangan yang menggunakan bracelet lebih menarik untuk majlis formal. Harus diingat, pastikan anda tidak alergik dengan materialnya.

Kedua, Saiz. Yes, size does matter. Jika muka jam terlalu besar berbanding tangan, nanti kelihatan seperti meminjam jam ayahmu. Ukuran sesuai. Apa lagi yang lebih penting dari keselesaan. Sebagai tips, cuba goncang pergelangan tangan dan lihat jam itu tidak bergerak atau tidak ke tempat lain. Jika itu berlaku, minta tukang jam tangan anda untuk membuang pautan yang berlebihan sehingga mencapai saiz yang betul.

ketiga, perincian sederhana.
Less is more. Tak perlu sarat, memadailah untuk melihat masa dan tarikh. Mungkin ada sedikit penambahan untuk jam tangan kecergasan. Kerana jam tangan adalah jam, bukan gelang hiasan.

Sumber: TheMalaya post