Jangan anggap perkara ini adalah sesuatu benda remeh. Ini 5 cara untuk cegah dan rawat sendiri jangkitan di saluran buang air kecil.

Antara gejala jangkitan saluran buang air kecil ini termasuklah sakit ketika membuang air kecil, kerap buang air kecil, warna air itu bertukar gelap dan berbau busuk serta banyak lagi. Bagaimanapun terdapat pelbagai cara untuk mencegah dan merawat jangkitan ini termasuklah :

1. Banyak minum air putih

Salah satu cara paling mudah dan berkesan mencegah dan merawat jangkitan saluran buang air kecil adalah dengan memperbanyakkan minum air putih. Apabila banyak minum air, kita akan sering membuang air, sekali gus membawa keluar bakteria yang ada. Kebiasaannya, individu yang kurang air dalam badan dan jarang membuang air kecil adalah golongan berisiko tinggi terkena jangkitan itu.

2. Vitamin C

Makanan yang kaya dengan vitamin C sangat memainkan peranan dalam menjaga tubuh badan untuk kekal sihat sekali gus memastikan tubuh tidak mudah diserang jangkitan kuman. Sebab itu, kita perlu konsisten mengambil makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C. Ia juga berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan manusia.

3. Antibiotik

Kebiasaannya doktor akan memberi antibiotik untuk dimakan bagi menghilangkan rasa sakit dan membunuh bakteria. Bagaimanapun, pengambilan antibiotik perlu dihabiskan mengikut preskripsi doktor agar pesakit dapat pulih sepenuhnya.

4. Minuman probiotik

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kepada tubuh terutamanya pada saluran pencernaan manusia. Beberapa kajian mendapati, probiotik terbukti membantu merawat jangkitan saluran kencing.

5. Menjaga kebersihan alat sulit

Kawasan alat sulit sangat sensitif dan kebersihannya perlu dijaga agar tidak berlaku sebarang jangkitan. Elakkan daripada menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan bakteria berkumpul dan terkena jangkitan. Cuci kawasan alat sulit selepas membuang air untuk mencegah perpindahan bakteria.

Hadapi Masalah Sakit Telinga Selepas Menghabiskan Separuh Mangkuk Ramen . Mengejutkan Sekali Dalam Masa Tiga Hari Ini Yang Berlaku

Ramai juga rakyat Malaysia yang suka makan pedas kan? Untuk peminat makanan pedas, makan Samyang Ramen iaitu sejenis mi segera dari Korea Selatan bukanlah suatu masalah. Ada jugak yang kata mi ni tak pedas pun. Namun, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki dari London ni. Menurut The Sun UK, Reemul Balla yang juga seorang penulis telah menghadapi masalah sakit telinga selepas menghabiskan separuh mangkuk ramen tersebut. Mungkin dia tak tahan pedas kot. 

Pada mulanya, dia telah membeli dua paket mi tersebut secara online di laman web Amazon. Difahamkan, dia terliur nak cuba makan Samyang lepas tengok video YouTuber iaitu Matt Stonie yang makan 15 paket mi segera ni. Fuh, tak berdesing ke telinga makan banyak-banyak? 

Menurut lelaki ini, dia berasal dari keluarga yang memang makan pedas dari zaman kanak-kanak lagi namun bila makan satu sudu mi Samyang ni, rasa pedas tu memang berapi.Gigi saya berasa kebas dan rasa macam ada lava yang mengalir dalam perut saya. 

Walaupun pedas tak boleh bawak bincang, Balla tetap nekad menahan kepedasan untuk habiskan mi. Tapi, akhirnya, dia hanya mampu menghabiskan separuh mangkuk sahaja.Menurut Balla lagi, dia tidak menafikan kesedapan mi tersebut. Bagi admin, Samyang memang sedap, cuma kalau korang tak tahan pedas, lebih baik jangan makan. Tak pasal-pasal kena bertapa dalam bilik air.

Namun, keesokan harinya, Balla rasa telinga kirinya sakit terutamanya jika disentuh. Katanya, dia rasa macam ada jangkitan dalam telinga dan rahangnya juga sakit. Dahsyat betul penangan mi ni. Bukan itu je, dia juga tidak dapat mendengar dengan jelas selama dua hari manakala mukanya pula terasa panas. Mungkin ni lah yang dikatakan, makan pedas sampai berdesing telinga. Balla juga menyifatkan mi Samyang tersebut sebagai mi yang paling pedas dalam hidupnya.Lepas kejadian ni, dia sedar bahawa mencuba makanan pedas ni ada hadnya. Nasibnya baik sebab kesemua kesakitan itu beransur hilang dalam masa tiga hari.Kalau tak, tak tahu lah apa nasib dia ni.