Jangan panik jika ada ketulan tiba-tiba muncul pada leher anda.

Alami masalah ketulan, benjolan ataupun bengkak di bahagian leher? Mesti tengah risau. Jangan risau! Selalunya, ketulan yang muncul pada leher tu adalah disebabkan oleh nod limfa yang membengkak setelah melawan penyakit. Selalu kena lepas sakit gigi, lepas demam dan mesti leher macam ada benjol. Memang tak selesa. Tapi, kalau masih risau, Mana tahu, sedikit sebanyak boleh membantu yang alami masalah ini.

Jangan panik jika ada ketulan tiba-tiba muncul pada leher anda, kata Jorden Lorch, Pengarah di Thyroid Center, Dana-Faber/Brigham.  Kebanyakan ketulan adalah tidak berbahaya (benign) dan bukanlah petanda anda mempunyai Ketumbuhan yang teruk. Namun, jika anda mempunyai ketulan yang tidak sembuh-sembuh, berjumpalah segera dengan doktor.  Nod limfa yang berada di sekitar kawasan kepala, leher, dan ketiak anda boleh membengkak jika terkena jangkitan daripada bakteria ataupun virus. 

Jika ini berlaku, nod limfa yang selalunya lembut dan tidak dapat dikesan akan tiba-tiba membengkak. Keadaan ini adalah normal kerana ia akan beransur hilang setelah badan selesai melawan jangkitan tersebut. Oleh itu, ketulan tersebut mungkin hanya kesan sampingan dan muncul cuma seketika. 

Walau bagaimanapun, jika ketulan itu tidak pernah surut, ia mungkin salah satu tanda anda menghidap Ketumbuhan yang teruk.

Ketulan atau benjolan yang disebabkan oleh ketumbuhan teruk boleh berlaku di mana-mana sahaja di sekitar leher anda. Selalunya, ketulan tersebut keras, tidak rasa sakit jika ditekan dan bersifat pegun serta sukar digerakkan. Ketulan ini bersaiz kira-kira 1 sentimeter hingga beberapa sentimeter dalam diameter. 

Ketulan ini boleh muncul tunggal ataupun berkumpulan. Ketulan pada leher mungkin petanda anda menghidap kanser tiroid. 

Bengkak pada kawasan tersebut juga adalah salah satu simptom kanser kepala dan leher seperti kanser mulut dan kanser kelenjar air liur. 

Tetapi, bukan semua ketulan bermaksud penyakit yang sukar diubati lebih-lebih lagi ketulan yang kadang-kadang muncul dan hilang dalam beberapa hari kemudian. 

Selalunya, ketulan atau benjolan yang diakibatkan oleh ketumbuhan tahap teruk ini akan perlahan-lahan membesar di kawasan leher anda. Ini beberapa simptom bagi ketumbuhan tahap teruk termasuklah ulser mulut, susah menelan makanan, susah gerakan rahang, susah bercakap, perubahan pada permukaan mulitdan hidung serta mulut berdarah.

Sebagai panduan, anda boleh tanya diri anda 4 soalan ini: Adakah ketulan itu membesar?  Adakah ketulan itu keras dan tidak boleh bergerak? Adakah ketulan itu menyakitkan dan lembut jika disentuh?Adakah ketulan itu berwarna merah dan rasa gatal? Jika anda jawab ya kepada mana-mana soalan di atas, anda patut berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih menyeluruh, tidak kiralah di manapun ketulan tersebut muncul.

Sumber : HelloDoktor