Jenama mewah Rusia tawar Iphone 12 Pro Stealth tanpa kamera dengan harga RM 22400. Kini ada perincian berkaitan Iphone yang ditawarkan.

Telefon pintar keluaran Apple sering mendapat sambutan hangat daripada seluruh dunia, meskipun harganya yang kadang-kala terlalu mahal. Antara sebab utama iPhone menjadi pilihan pengguna adalah kualiti kameranya yang bagus dan perisian komputer yang cekap. Namun, masih ada segelintir kelompok kecil di dunia ini yang tidak mahu teknologi kamera pada telefon pintar mereka. Untuk menyelesaikan isu ini, sebuah jenama mewah Rusia, Caviar ada jalan penyelesaiannya untuk anda.

Baru-baru ini, Caviar ada melancarkan iPhone 12 Pro edisi khas khusus untuk mereka yang mementingkan privasi dan mahukan telefon pintar tahan lasak. Keluaran edisi khas yang digelar Stealth ini menggunakan titanium sebagai bahan tambahan kepada badan iPhone 12 Pro. Kamera belakang telefon pintar ini dibuang, manakala kamera hadapan pula ditutup dan digantikan dengan kamera inframerah TrueDepth untuk tujuan pengimbasan muka.

Berikut adalah ciri iPhone 12 Pro Stealth dan iPhone 12 Pro Stealth Gold :

Harga untuk iPhone 12 Pro edisi khas ini agak berbaloi dengan ciri khas yang ada padanya. Untuk iPhone 12 Pro Stealth dengan penyimpanan 128GB, Caviar menawarkan harga serendah RM20,259. Manakala, harga untuk iPhone 12 Pro Stealth Gold dengan penyimpanan 128GB adalah RM22,400. Buat anda yang mahukan privasi dan khuatir digodam, iPhone 12 Pro edisi khas ini pastinya sesuai buat anda. Caviar menawarkan penghantaran percuma dan hanya 99 model sahaja yang dikeluarkan. Beli cepat!

Tular Sebuah Gambar Di Malaysia Apabila Beratur Panjang Beli Iphone 12. Namun Ada Yang Mengaitkan Dengan KWSP.

iPhone 12 sudah pun masuk ke pasaran Malaysia baru-baru ini, sudah semestinya sejak ia dilancarkan, orang ramai akan sanggup beratur untuk mendapatkannya. Namun, berbeza dengan model yang sebelum ini, ia mengundang pelbagai reaksi warganet. Ini kerana seluruh negara mengalami pandemik global dimana Covid-19 ini telah memberikan impak kepada ekonomi negara dan sekaligus menjejaskan sumber kewangan individu.

Malaysians no money?” Kalau diperhatikan sekarang, macam-macam cerita yang terjadi pasal hal kewangan di negara kita. Dapat dilihat ramai yang kehilangan kerja yang kukuh dan melakukan inisiatif lain sebagai kelangsungan hidup.

“Complain for pay cut, but for i12, it can be just take my money”

Ada juga yang ungkit dengan kaitkan isu KWSP yang sedang hangat menjadi buah mulut orang ramai sekarang. Namun begitu, ada juga warganet yang backup kerana itu adalah hak masing-masing.

“Poket orang kita sibuk-sibuk”

Apa pun, rezeki masing-masing, mungkin mereka ada simpanan mereka dan cukup untuk tampung bila gawat dan apa pun, itu wang mereka dan hak mereka.