Jika digayakan dengan cara yang betul pemilihan seluar jeans akan dilihat sangat sesuai dengan pelbagai acara termasuklah ke pejabat. Bagaimanapun, ramai antara kita yang tidak tahu tentang teknik penjagaan seluar jeans. Ini 6 tips penjagaan seluar jeans agar tahan lama.

Samaada lelaki atau perempuan, seluar jeans merupakan pakaian kegemaran kerana bukan sahaja ia selesa tapi ia amat sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian seperti kemeja atau baju T. Dengan trend fesyen yang semakin menjadi sekarang ini, pemakaian seluar jeans tidak dilihat sebagai gaya kasual lagi. Jika digayakan dengan cara yang betul pemilihan seluar jeans akan dilihat sangat sesuai dengan pelbagai acara termasuklah ke pejabat. Bagaimanapun, ramai antara kita yang tidak tahu tentang teknik penjagaan seluar jeans. Nak jaga seluar jeans pun ada tekniknya tersendiri supaya seluar tak cepat koyak dan warnanya tidak pudar.

Pertama, terbalikkan jeans sbelum basuh. Ini untuk memastikan warna asal seluar jeans tidak mudah pudar, sebelum basuh terbalikkan dahulu supaya boleh mengelakkan warna asalnya terhakis. Faedah lain juga adalah agar jeans yang ingin dibasuh kelihatan bersih sehingga ke cela-cela jahitan seluar berkenaan. Kedua, jangan rendam dalam air panas. Kalau seluar jeans anda tiada sebarang kekotoran degil yang melekat, elak merendam seluar dalam air suam atau panas sebaliknya guna air suhu biasa dengan bahan pencuci dalam kuantiti yang minima.

Ketiga, rendam jenas dalam cuka. Macam pelik je tapi dengan merendam seluar jeans anda dalam air akan menyebabkan warna seluar anda cepat pudar dan penggunaan sabun pencuci akan mempercepatkan proses itu. Jadi solusinya adalah dengan merendam seluar anda dalam air campuran cuka selama sejam. Jangan risau dengan baunya kerana ia akan hilang apabila seluar anda kering. Teknik itu sebenarnya mampu mengekalkan warna jeans anda selain mengekalkan bentuknya daripada mengembang.

Keempat, pijak jeans menggunakan kaki. Bagi memastikan semua kekotoran terhapus, sebaiknya rendam jeans sekurang-kurangnya 45 minit terlebih dahulu sebelum dicuci. Jika rajin, gunakan kaki untuk memijak jeans yang direndam sebagai cara mengeluarkan kotoran. Apabila kain direndam segala kotor dan debu yang melekat pada pakaian mudah untuk ditanggalkan.

Kelima, nekukan jeans dalam peti sejuk. Kalau dah malas sangat nak basuh jeans anda, apa kata masukkan seluar jeans anda dalam peti sejuk beku selama beberapa jam sebelum jemur. Ia dapat menghilangkan bau busuk yang melekat pada jeans kesayangan anda. Keenam, sidai dalam posisi terbalik. Ketika menyidai pastikan bahagian atas jeans berada dibahagian bawah dan hujung kaki seluar dia bahagian atas bagi mengelakkan jeans anda mengembang – sebaiknya jemur di bawah sinaran matahari.