Jintan Hitam mempunyai khasiat kimia Thymoquinone (TQ) yang tinggi . Ini 4 kebaikannya.

HABBATUS sauda atau jintan hitam memang dikenali sejak beribu tahun lamanya kerana kelebihannya yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dalam hadis Abu Hurairah ra, diriwayatkan beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, “Al-Habbatus Sauda itu penawar bagi segala penyakit kecuali maut.” Bahkan, kajian saintifik dari-ada Universiti Sains Malaysia menunjukkan habbatus sauda mempunyai khasiat kimia Thymoquinone (TQ), Omega 3, 6 dan 9. Kandungan TQ yang tinggi membantu dengan bertindak sebagai pengantioksida, antiradang dan menambah kesihatan organ hati.

Habatus sauda adalah tumbuhan ajaib yang kuar biasa popular di dunia. Antara kebaikannya adalah bersifat anti-radang. Oleh kerana sebilangan penyakit berpunca daripada beberapa bentuk keradangan, minyak Habbatus sauda dapat mengurangkan kesan buruk dari penyakit tersebut dan bahkan menyembuhkannya dalam kes tertentu.

Pertama, mencegah keguguran rambut. Selain membantu merawat penyakit, tanaman Habbatussauda juga digunakan untuk mencegah keguguran rambut. Minyak habatussauda membantu menguatkan akar rambut anda. Ia juga membantu mencegah uban dan penipisan rambut pada peringkat awal. Kedua, melegakan kerengsaan kulit. Ia merawat kulit kering menjadi kulit yang lebih halus dan lembut. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa ratu Eropah menggunakan minyak Habatussauda secara berkala.

Ketiga, mengawal tekanan darah. Habatussauda mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid lemak dan protein sayuran. Kesemua bahan ini mampu memberikan anda rambut dan kulit yang sihat. Ia juga mengawal tekanan darah dan memberikan penjagaan hormon yang lebih baik.

Keempat, mengurangkan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa suplemen Habatussauda dapat membantu menurunkan indeks jisim badan dan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan yang teruk daripada pengambilan makanan tambahan ini. Tinjauan sistematik mendapati bahawa minyak Habatussauda boleh berkesan dalam mengatasi kegemukan.kelima, manfaat pada kulit. Minyak biji hitam mungkin bermanfaat bagi orang dengan keadaan kulit seperti ekzema, jerawat dan psoriasis.

Untuk mendapatkan Habatus sauda yang paling selamat dan bermanfaat, selalu pilih habatus sauda organik berkualiti tinggi yang 100 peratus tulen, bermutu terapeutik, dan diperakui.