Jutawan Ekspress. Nelayan ini dedahkan jumpa batu besar di pantai yang bernilai lebih daripada RM13 juta.

Seorang nelayan dari Thailand ini bakal bergelar jutawan ‘segera’ apabila dia secara tidak sengaja terjumpa sebuah bongkahan batu besar yang bernilai tinggi di sebuah pantai pada minggu lepas. Sedang berjalan-jalan di pantai

Memetik laporan Coconuts.co, nelayan itu yang dikenali sebagai Narit Suwansang yang berusia 60 tahun telah berjalan-jalan di tepi pantai sebelum dia terlihat beberapa buah batu besar berwarna kekuningan berada di tepi pantai tersebut. Menurutnya, dia tidak pernah menemui sesuatu seperti itu sebelum ini dan bertindak untuk segera pulang ke rumah dan membawa ahli keluarganya untuk kembali semula ke pantai untuk mengambil ‘batu’ misteri tersebut gara-gara saiznya yang agak besar.

Setelah mencari maklumat melalui laman web, dia mula menyedari sesuatu yang ‘berharga’ berkaitan batu tersebut. Ambil pemetik api, mahu uji ‘teori’  Mengambil sebuah pemetik api, Narit mula mendekatkan api itu pada permukaan batu tersebut dan telahan dan teorinya adalah benar bahawa batu itu merupakan sisa muntahan ikan paus apabila permukaan batu tersebut mencair setelah terkena api. Bukan itu sahaja, batu tersebut turut mengeluarkan bau yang busuk dan memualkan menyakinkan lagi ‘teori’nya tentang asal usulnya.

Ambergis terberat dalam sejarah, bernilai lebih RM13 juta Batu yang dipercayai seberat 100 kilogram itu merupakan ambergis yang paling berat pernah ditemui dalam sejarah. Untuk pengetahuan korang, ambergis ini sangat berharga kerana ia digunakan dalam industri minyak wangi dan kosmetik global sehingga nilainya dianggarkan sekurang-kurangnya 100 juta Baht yang bersamaan dengan lebih daripada RM13 juta!

Tambah Narit, terdapat seorang ahli perniagaan dari Phuket telah menawarkan untuk membeli harga ‘batu’ itu dengan nilai 960,000 Baht (RM128,974) bagi setiap 1 kilogram sekiranya ‘batu’ itu memang benar terhasil daripada muntah ikan paus gred A. Selain itu, nelayan itu juga turut mengalu-alukan kehadiran para penyelidik daripada universiti tempatan dan biologi marin untuk menganalisis dengan lebih mendalam muntah ‘berharga’ itu. Rezeki terpijak namanya. Min kalau jalan tepi pantai, jumpa kulit kerang je.