Baru sahaja dikejutkan dengan keadaan artis lain yang terjejas ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Kalini ini pula yang Siti Saleha dan suaminya hadapi sepanjang tempoh PKP.

Kuala Lumpur: Pelakon, Siti Saleha mengakui, krisis pandemik Covid-19 yang berlaku sedikit sebanyak mencabar mentalnya memandangkan ramai anggota keluarganya menetap di luar negara. Saleha ketika ditemui di majlis penghargaan 7 Hari Mencintaiku 2 berkata, dia dan keluarga bagaimanapun faham dengan situasi semasa yang melanda seluruh dunia.

“Bila pandemik seperti ini berlaku, ramai yang terkesan paling mencabar adalah mental saya kerana ramai anggota keluarga saya berada di luar negara. “Dengan ibu saya pun, rasanya dah dua tahun tak berjumpa. Tambah-tambah, bila pandemik seperti ini berlaku, lagilah mencabar. “Mujurlah ada teknologi dan kami dapat berbual menerusi panggilan telefon dan sebagainya untuk mengubat kerinduan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keluarga dan perkahwinan, Saleha berkata, kehidupannya dan suami, Ahmad Lutfi Azhar dalam keadaan baik. “Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikan kami waktu untuk luangkan masa bersama memandangkan sebelum ini, masing-masing sibuk dengan urusan kerja. “Tempoh itu juga saya gunakan untuk kembangkan hobi saya menjadi bakat contohnya memasak dan melukis,” katanya.

Ditanya mengenai karier dan tanggungjawab sebagai isteri, Saleha sendiri tahu batasannya. “Saya sendiri tahu batasan saya sebagai isteri walaupun suami tak beritahu atau larang.  “Kalau ada watak-watak yang terlalu romantik dan sebagainya, saya tahu batasnya dan saya pun dah tak suka balik kerja lewat malam,” katanya. Untuk rekod, pasangan Saleha dan Lutfi berkahwin pada 28 Julai 2017.- HMETRO

9 SOP perlu dipatuhi

KEPUTUSAN kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini menjadi berita gembira kepada rakyat Malaysia selepas hampir dua bulan kuarantin di rumah. PKPB membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) ketat.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Telegram rasminya menyenaraikan sembilan SOP yang perlu dipatuhi semua pihak terbabit termasuk orang ramai iaitu, 1. Amalan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter. 2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitiser. 3. Penggunaan penutup hidung dan mulut. 4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis 5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU. 6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan. 7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial. 8. Menggalakkan transaksi secara atas talian. 9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19.-HMETRO