Sekarang banyak kisah selebriti beri penghargaan kepada pasangannya. Kalini Izzue Islam pula titipkan kata kata sebagai penghargaan untuk isterinya. Ini yang dikongsikannya sehingga meraih perhatian warganet.

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam ada memberikan penghargaan terhadap isterinya, Awin Nurin yang sentiasa setia bersamanya sehingga ke hari ini. Penyanyi kelahiran Kelantan ini memberitahu, isterinya merupakan tulang belakang untuknya berjaya dalam kerjaya seni. Bagi Izzue, bukan satu perkara yang mudah untuk berjaya jika tiada sokongan dan semangat daripada seorang insan yang bergelar isteri.

“Hidup ni macam roda. Ada masa kita gagal dalam sesuatu hal. Gagal yang membuatkan kita rasa down. Takut untuk mula balik!” “Tapi, sebanyak mana sekalipun kita gagal, dia tetap teguh berdiri di belakang kita. Dia tak pernah putus asa! Malah dia yakin, setiap yang pahit pasti ada manisnya nanti. “Siapa dia? Dia yang kita anggap lemah tapi sebenarnya dialah yang paling kuat. Yang akan bangunkan kita saat kita rebah. “Yang akan celikkan kita saat kita leka. Yang tetap setia dengan kita walau satu dunia menghina. Dia adalah ISTERI @awinnurin (tag isteri korang),” tulisnya. Sekadar informasi, Izzue mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

Sumber: Media Hiburan

Nasihat Ebit Lew, Hargai Dan Sayangilah Isteri Kerana Isteri Pelengkap Hidup Suami

Melalui satu entri, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang permasalahan berkaitan rumah tangga. Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang yang abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga. Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini. Belajarlah ilmu rumahtangga. Selalu anak muda yang baik sanggup datang duduk sehari depan saya ingin ilmu rumahtangga. Saya pun sama-sama belajar kerana Allah.

Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak kerana Allah. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. JANGAN KEDEKUT BERI PUJIAN. Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang.- Kashoorga