Kapsyen Aeril Zafrel buat peminatnya tertanya tanya apa yang terjadi antaranya dan pelakon terkenal Hannah Delisha sehingga meraih tumpuan warganet. Rupanya ini cerita yang sebenar.

Kedua-duanya bergelar pelakon dan bukanlah terlalu baru dalam industri hiburan tanah air. Aeril Zafrel yang cukup terkenal dengan watak lakonan serius, namun di sosial media boleh tahan kelakar juga orangnya. Memiliki perniagaan sendiri, namun berlakon masih diteruskan. Begitu juga dengan seorang lagi pelakon wanita bernama Hannah Delisha yang nampaknya nama beliau sering disebut-sebut sejak akhir-akhir ini.

Apa kena mengena Aeril Zafrel dengan Hannah Delisha ini? Terbaru, foto Aeril Zafrel dengan Hannah Delisha telah meraih perhatian ramai. Hannah Delisha nampak sungguh ayu dan sopan dengan penampilan barunya yang berhijab. Foto Aeril Zafrel dengan Hannah Delisha itu dimuat naik sendiri oleh pelakon lelaki tersebut dengan kapsyennya seperti berikut: “1st day #terciptasatuikatan Doakan……”

Amboi, bukan main kapsyennya itu. Kalau sekali baca boleh tersalah faham dibuatnya. Foto dengan kapsyen yang dimuat naik oleh Aeril Zafrel ini telah meraih lebih 65 ribu liked. Difahamkan foto-foto mereka ini adalah sebenarnya untuk drama berjudul Tercipta Satu Ikatan yang bakal disiarkan di slot MegaDrama di Astro. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsiannya itu di ruangan komen seperti berikut: “Hero heroin yang saya suka, cantik dan hensem, lakonan terbaik”. “Segak dan lawa”. “Lawanya dia alahai…”

SUMBER: HCL

Mengejutkan setelah lama tak jumpa dengan pasangan selebriti terkenal ini Daqmie bongkarkan sesuatu mengenai mereka.

LEBIH 10 tahun mengenai pasangan selebriti terkenal iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, penyanyi Daqmie mendedahkan perangai kedua-dua mereka tidak pernah berubah. Menurut Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap, 48, dia berasa terkejut melihat kejayaan yang dikecapi pasangan itu selepas beberapa tahun tidak bertemu. Kata penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Nasyid Ikim FM 2014 (ANI) 2015 menerusi lagu Tangisan Sebatang Tamar ini, biarpun pasangan itu kini menjalani kehidupan mewah namun mereka sentiasa merendah diri.

“Saya sudah mengenali Aeril dan Wawa sejak mula-mula pasangan itu di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu MIG. Boleh dikatakan kami memang kawan baik la. “Kami sentiasa berhubung satu sama lain tapi sebelum ini saya menetap di Perak, jadi lama juga tak jumpa dengan mereka. Tapi sekarang, saya dah pindah dan menetap di Kuala Lumpur. “Bila saya jumpa semula pasangan itu, saya agak terkejut. Wah… dah tahap begini rupa-rupanya mereka. Dahsyat! Sebab saya kenal mereka daripada tak ada apa-apa.- MSTAR