Kasih lama kembali bertaut tercetus apabila Mimi Lana tanpa segan silu post gambar bersama bekas kekasih Syafiq Kyle jadi perbualan. Dia tampil dedah sesuatu mengenai status sebenar mereka

Pelakon Mimi Lana berkongsi sekeping foto bersama bekas kekasihnya, aktor Syafiq Kyle ketika menghadiri sebuah program televisyen. Turut kelihatan dalam foto tersebut adalah pelakon Azira Shafinaz. Perkara itu telah meraih tumpuan wargamaya selepas Mimi dan Syafiq tidak kelihatan bersama selepas putus cinta baru-baru ini. Berdasarkan pemerhatian Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut Mimi mengusik seandainya mereka kembali menjalin hubungan cinta. Pada masa yang sama, ada juga peminat yang memuji sikap profesional dua pelakon itu dalam urusan kerja mereka. “Get back la sis. “How can you guys still work together, kalau aku memang tak lah nak tengok muka ex dah. “Dah get back ke ni? “Wah! Macam ada bau-bau cinta kembali. “Professional,” tulis wargamaya.

Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta

Lima tahun berpacaran, Mimi Lana mengesahkan hubungan dengan pelakon Nur, Syafiq Kyle sudah berakhir, sejak sebulan lalu. Enggan menyalahkan sesiapa, Mimi atau nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, memberitahu, mereka berpisah selepas tiada lagi persefahaman. “Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau angkara orang ketiga. “Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bersengketa . Anggap sahaja kami tiada jodoh,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.

Walaupun mengaku menjadi pihak yang memutuskan ikatan percintaan itu, jauh di sudut hati pelakon drama rantaian, Cari Aku Di Syurga Ini, sedih dengan apa yang berlaku. “Tak benarlah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama. “Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan. “Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan. “Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya yang tidak menolak digandingkan dengan Syafiq dalam projek drama atas dasar profesional.

Badan kurus, Mimi Lana dipersenda warganet

Gara-gara memiliki tubuh yang dikatakan terlalu kurus, pelakon, Mimi Lana, mengakui dirinya sering dipersendakan warganet. Akui terbuka menerima komen warganet, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, bagaimanapun pelik apabila segelintir pihak terlalu risau dengan susuk badannya. “Bukan sahaja mereka yang berbadan gempal, orang kurus macam saya pun dipersendakan. Tetapi, saya tidak mempunyai masalah dengan komen sebegitu. “Cuma, segelintir pihak seperti terlebih prihatin apabila melihat tubuh saya begini. Mereka memberikan komen berbaur kesedihan dan terkejut melihat keadaan diri saya. “Kadang-kadang saya sendiri tak faham, bentuk tubuh macam mana yang mereka anggap sihat?” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cari Aku Di Syurga itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Pusaka, di sini. Dalam naskhah bercorak seram yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 31 Oktober depan itu, dia berlakon di samping Syafiq Kyle, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi dan Sweet Qismina. Mimi berkata, tubuhnya semakin mendapat perhatian warganet apabila dia kehilangan enam kilogram bagi menjayakan watak dalam filem terbabit. “Biasanya, berat saya sekitar 49 kilogram. Pengarah filem ini, Razaisyam Rashid, bagaimanapun mahu saya kelihatan polos, tanpa perlu sebarang solekan tambahan, bagi menampakkan wajah cengkung. “Jadi, sepanjang latihan dan penggambaran, saya berjaya menurunkan berat badan sehingga mencecah 43 kilogram.

“Ketika itu, pelbagai komen diterima, sedangkan saya cuma mahu menjayakan watak individu mengambil barang terlarang. Bagaimanapun, kini saya kembali ke berat asal. “Saya juga berusaha untuk mendapatkan berat ideal, iaitu 55 kilogram. Bagaimanapun, ia lebih susah berbanding usaha menurunkan berat badan. kadar metabolisme saya agak tinggi,” ujarnya.

Mimi Lana masih baik dengan Syafiq Kyle

Pelakon Mimi Lana mengakui masih berkawan baik dengan bekas kekasihnya, Syafiq Kyle walaupun hubungan cinta mereka sudah putus sejak sebulan lalu. Mimi berkata, dia dan Syafiq akan terus bersikap profesional dalam kerjaya. “Tak semestinya kalau sudah putus kena berbalah. Lagipun kami sudah berkawan dan hubungan kami sudah berlangsung lima tahun. Apa yang terjadi saya anggap tiada jodoh. Ia lebih kepada tiada persefahaman,” katanya. Menurut Mimi, dia reda dengan apa yang berlaku dan masing-masing boleh fokus dengan kehidupan sendiri. “Kami masih boleh bekerjasama dan bersikap profesional. Tiada apa yang menghalang. Kehidupan perlu diteruskan saya reda. Paling penting sekarang saya kena fokus pada diri sendiri, kerjaya dan perkara lain. “Mungkin dalam waktu terdekat bukan masa sesuai untuk saya berfikir soal hubungan baru. Biarlah masa menentukan. Kalau ada jodoh tak ke mana,” katanya. Terdahulu, Mimi mengesahkan sudah putus cinta dengan Syafiq sejak sebulan lalu selepas lima tahun bercinta.

‘Unfollow’ IG sejak April lalu, rupa-rupanya Syafiq Kyle, Mimi Lana dah putus! – “Bukan sebab popular atau orang ketiga”

Selepas berhenti mengikuti Instagram masing-masing, pelakon Mimi Lana akhirnya mengesahkan hubungan percintaan dengan aktor Syafiq Kyle sudah pun berakhir sejak sebulan lalu. Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, menerusi laman Instagramnya memberitahu, dia reda dan menyerahkan perkara itu kepada takdir Allah. “Ya Allah, berikan aku teman yang mempunyai hati kepada Mu. “Tapi jika ditakdirkan tiada sesiapa yang aku temukan, aku hanya berserah kepada Mu,” ujarnya.


Syafiq dan Mimi Lana putus sejak sebulan lalu. Hubungan pasangan ini disedari berdepan masalah selepas kedua-dua mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak April lalu.Dalam pada itu menerusi laporan BH Online, tiada lagi persefahaman menjadi punca hubungan itu tidak dapat diselamatkan. bagaimanapun, Mimi berkata, perpisahan itu bukan disebabkan populariti atau angkara orang ketiga. “Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau angkara orang ketiga.

“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bersengketa anggap sahaja kami tiada jodoh,” katanya. Dalam pada itu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini mengakui sedih apabila terpaksa memutuskan hubungan yang dibina selama lima tahun itu. “Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama. “Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan. “Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan. “Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, Mimi tidak menolak jika digandingkan dengan Syafiq dalam drama atau filem pada masa akan datang.

“Kalau Mereka Nak Kahwin Biarlah, Takkan Kita…” – Mimi Lana Perjelas Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle.

Pelakon tinggi lampai Mimi Lana akui tidak tertekan biarpun ramai rakan-rakan artis telah mengikat ikatan perkahwinan sejak kebelakangan ini. Menurut Mimi, dia tidak pernah menyifatkan perkara berkenaan sebagai satu masalah, sebaliknya lebih menganggap perkahwinan rakan-rakannya itu sebagai satu berita baik dan perlu diraikan bersama. “Bagi saya buat apa nak ikut orang. Kalau mereka nak kahwin biarlah takkan kita pun nak kahwin. “Sama juga kalau ingin berpisah takkan kita pun nak ikut berpisah. Bagai saya senang je belum sampai seru,” katanya. Tambah Mimi, dia dan kekasihnya, Syafiq Kyle kini lebih memilih untuk fokus dalam kerjaya masing-masing. “Buat masa ini saya tengah nak discover diri sendiri, karier dan saya rasa Syafiq juga begitu.

“Masing-masing ada fokus dan sasaran untuk diri sendiri,” katanya. Untuk makluman, Mimi antara pelakon yang membintangi Megadrama terbaru berjudul Chandelier. Memegang watak Keisha iaitu seorang ‘pisau cukur’, Mimi buat pertama kalinya bakal bergandingan dengan Ben Amir yang membawa watak Kaef. Malah, Chandelier turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Norman Hakim, Zamarul Hisham, Shasha Abedul dan ramai lagi.
Drama arahan Michael Ang ini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.