Kebiasaannya kentang antara bahan yang mudah busuk dan rosak. Ini 6 tips untuk anda simpan kentang supaya tidak cepat rosak.

Sesetengah bahan masakan kebiasaannya tidak akan terus dimasak selepas ia dibeli. Bahan makanan tersebut akan disimpan agar dapat digunakan di lain waktu. Ada juga yang terbiar tidak digunakan sehingga berminggu lamanya sehingga menyebabkannya rosak dan busuk. Namun, jika ianya disimpan dengan betul, mungkin ia masih boleh digunakan dengan baik. Menurut TribunTravel, terdapat beberapa tips untuk menyimpan kentang dengan baik dan betul supaya ia dapat bertahan lama. Ikuti perkongsian di bawah ini.

1. Simpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan tidak lembab

Tempat terbaik untuk menyimpan kentang adalah di kawasan dapur yang sejuk dan tidak lembab dengan pengudaraan yang baik dan tidak terkena sinar matahari. Jika kentang terkena cahaya matahari, ia akan melakukan proses fotosintesis dan berubah menjadi hijau. Julat suhu 6-10 darjah Celcius adalah suhu yang tepat untuk menyimpan kentang.

2. Elakkan simpan di dalam plastik

Kentang lebih baik disimpan di dalam bakul yang berlubang agar peredaran udara berlaku dengan baik. Selepas kentang dibeli, ia perlu dikeluarkan dari beg plastik dengan segera agar ia tahan lama.

3. Elakkan simpan dalam peti sejuk atau freezer

Suhu sejuk di dalam peti sejuk berpotensi mengubah kentang bertukar warna kehitaman setelah ia dimasak. Kentang juga akan menjadi lembik apabila dimasak jika ia diletakkan di bahagian freezer.

4. Jauhkan kentang dari bawang

Kebiasaannya, ramai yang menyimpan kentang dan bawang di tempat yang sama. Ia sepatutnya dielakkan kerana bawang dan kentang mengeluarkan gas yang akan menyebabkannya rosak.

5. Periksa dengan kerap

Kentang perlu diperiksa secara berkala, jika anda menjumpai kentang yang sudah lembut, layu atau bertunas, ia perlu segera dibuang atau dipisahkan dari kentang yang elok. Ini untuk menggelakkan kentang yang masih elok itu turut rosak.

6. Jangan dibasuh

Mencuci kentang sebelum disimpan sememangnya tidak elok. Manakan tidak, ia hanya akan menambah kelembapan pada kentang sehingga mendorong pertumbuhan kulat dan bakteria. Sumber: TribunTravel