Kebimbangan anak meragam dan takut penumpang lain tidak selesa ketika dalam kapal terbang sering terjadi. Ini 4 tips ketika terbang bersama bayi.

Pastinya mereka-mereka yang ingin kenderaan awam seperti kapal terbang menyebabkan ibu bapa yang membawa bersama anak kecil akan membuat persiapan lebih awal. Biasanya golongan yang bimbang untuk pulang ke kampung atau melancong ke destinasi yang jauh adalah ibu bapa yang mempunyai bayi. Mereka pasti bimbang anak mereka meragam dalam kapal terbang dan suara bayi menangis kadang kala adalah tidak menyenangkan walaupun kebanyakan penumpang akan faham akan situasi tersebut.

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk memantu ibu bapa menangani masalah anak meragam dalam pesawat ni. Secara tak langsung ibu bapa tidak perlu risau untuk menaiki pesawat dan anak kurang meragam ketika dalam penerbangan. Ini tips terbang bersama bayi yang dikongsikan sendiri oleh salah seorang anak kapal Emirates.

Pertama, wujudkan suasana tidur yang selesa. Kebiasaannya, bayi atau anak kecil lebih mudah untuk tidur sekiranya mereka selesa akan persekitaran dan sebagainya. Untuk itu ibu bapa disarankan untuk menggunakan penutup mata kanak-kanak dan menutup lampu. Ini secara tak langsung akan memudahkan bayi tersebut tidur. Selain itu, tunggu sehingga lampu kabin dimalapkan. Ini dikatakan masa paling sesuai dan optimum untuk menidurkan anak kecil dalam pesawat kerana kurang gangguan cahaya.

Kedua, gunakan tali pinggang sepanjang masa. Seeloknya, jika tidur tidak mahu diganggu, pakaikan tali pinggang anak sebelum dia mula tidur. Ini mengelakkan tidurnya terganggu nanti Sebolehnya, pilih penerbangan yang sama waktu atau dekat dengan waktu tidur anak ketika di rumah. Ini secara tak langsung memudahkan proses mereka tidur.

ketiga, bawa snek atau makanan bayi yang mudah unruk dihidangkan. Bawalah segala snek untuk bayi atau anak kecil anda tu. Setidaknya, kalau mereka meragam, boleh ‘umpan’ dengan snek tersebut. Harap itu boleh tenangkan mereka lah. Kalau taknak snek, apa kata bawa mainan yang boleh melekakan mereka. Tapi jangan pulak sehingga ganggu penumpang sebelah.

Keempat, sentiasa tenang. Kalau ini pengalaman pertama ibu bapa terbang bersama anak kecil, mohon tenang sepanjang perjalanan. Sebabnya memang bayi akan menangis kerana tidak selesa akan tekanan dan sebagainya. Sebenarnya,itulah cara bayi berkomunikasi dengan anda. Kebanyakan penumpang akan memahami situasi tersebut. Cuma, akan ada dua tiga orang penumpang yang akan ‘buat muka’. Senyum dan minta maaf sahaja.

Sumber : Mirror UK