Kebocoran karbon monoksida telah memberi kesan pada ramai orang. Ini 5 perkara penting yang patut anda ketahui.

Semalam, empat gadis berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah MPV dalam keadaan enjin kereta masih hidup dekat Shell Samagagah Lebuhraya PLUS. Tiga daripada mereka dilaporkan telah meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida manakala seorang masih kritikal namun stabil.

Tahukah anda keracunan karbon monoksida adalah punca utama kematian akibat keracunan di seluruh dunia? Menurut Public Health Malaysia, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.

Fakta ringkas

Keracunan karbon monoksida ni memang layak digelar pembunuh senyap kerana ianya tidak memerlukan kuantiti yang banyak kerana kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri.

Ini adalah fakta ringkas tentang keracunan karbon monoksida:

  • Ianya merupakan punca utama kehilangan akibat keracunan
  • Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi
  • Boleh dihasilkan dari pembakaran diesel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak
  • Gas ini tidak mempunyai sebarang warna, bau dan tidak boleh didengar

Gejala awal keracunan gas karbon monoksida

  • Sakit kepala
  • Pening
  • Kelemahan
  • Muntah
  • Sakit dada
  • Kekeliruan

Tapi, jika sekiranya gas ini dihidu ketika seseorang itu sedang tidur, tiada sebarang perubahan yang akan disedari dan akhirnya boleh menyebabkan kehilangan.

Apa patut buat untuk elak daripada berlaku keracunan karbon monoksida?

Melalui Twitter, seorang doktor perubatan bernama Dr Kamarul Ariffin berkongsi tentang bagaimana dan apa yang boleh kita lakukan bagi mencegah daripada keracunan karbon monoksida akibat kebocoran gas daripada ekzos kenderaan.

1. Kalau ekzos bunyi, bau asap kuat pergi check kenderaan

Jika ekzos berbunyi kuat dan kasar, serta ada bau asap yang menyengat hidung, itu merupakan antara tanda kemungkinan ada kebocoran pada ekzos. Bawalah kenderaan untuk diperiksa.

2. Kalau keluar amaran logo, periksa sistem ekzos

Jika keluar notifikasi/amaran logo enjin, periksa sekali sistem ekzos. Logo enjin itu juga akan menyala jika oxygen sensor mengesan ada masalah dengan pembakaran dan gas ekzos.

3. Jangan buang catalytic converter daripada sistem ekzos

Jangan sesekali buang catalytic converter daripada sistem ekzos kenderaan kita. Ia adalah modifikasi yang membahayakan kesihatan dan alam sekitar, serta menyalahi undang-undang.

4. Panaskan enjin dulu!

Jadikan amalan memanaskan enjin kenderaan jika kenderaan berada di kawasan yang agak tertutup. Contohnya di dalam garaj, kolong rumah, bangsal tertutup, dan sebagainya.

5. Jangan tidur dalam kenderaan berhenti!

Jangan tidur di dalam kenderaan berhenti yang enjinnya dibiarkan hidup, tidak kira tingkap terbuka atau tertutup, pendingin hawa dihidupkan atau dimatikan. Nak tidur dalam kereta, matikan enjin.

Selain itu, Public Health Malaysia turut berkongsi beberapa langkah lain yang boleh diambil bagi mengelakkan berlakunya keracunan gas karbon monoksida.Pertama, servis kereta mengikut jadual di bengkel yang diiktiraf pengeluar. Kedua, pastikan sistem aircond berfungsi dengan baik. Ketiga, jika tingkap dibuka, pastikan tidak mengadap ekzos kenderaan lain. Keempat, keluar sebentar dari kereta untuk melancarkan peredaran darah. Kelima, paling utama sekali, elakkan tidur di dalam kereta dalam keadaan enjin dan aircond dipasang. Harap perkongsian ini bermanfaat!