Kecewa dengan tindakan pihak produksi. Que Haidar terpaksa tolak tawaran gara gara sesuatu ini. Perkongsiannya di laman sosial telah meraih tumpuan warganet sehingga ada yang menasihatkannya terlebih dahulu. .

Pelakon versatil, Que Haidar, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak produksi yang didakwa gemar melamar artis tanpa berbincangan mengenai naskah yang ingin dihasilkan terlebih dahulu. Menurut Que, sesi perbincangan harus dibuat bagi mengenal pasti jalan cerita, pengarah, para pelakon dan pelbagai aspek lain lagi. “Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi saya memang tidak gemar bila anda nak saya menyertai sesuatu project anda bertanya tentang date saya dahulu. “Maaf sekali lagi. Saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi project tersebut, directornya, jalan ceritanya, wataknya, pemain-pemain yang lain, lokasinya dan lain-lain lagi.

“Biar pelakon itu sendiri bertanyakan date tersebut. Maaf sekali lagi saya terpaksa reject tawaran anda sebelum saya ambil tahu tentangnya,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pencipta Pegang Waktu itu menerusi akaun Instagram. Tegas Que lagi, disebabkan oleh perkara sedemikan, dia terpaksa menolak tawaran tersebut meski belum mengetahui tentang peranannya di dalam projek berkenaan. Melihat pula di ruangan komen, rata-rata peminat menasihati Que supaya mempertimbangkan semula keputusannya itu dan memberi peluang kepada pihak produksi tersebut memperbetulkan kesalahan mereka.

Sumber: Instagram Que Haidar, Media Hiburan

Saya Tolak Tawaran Berlakon Sebab Skrip Tak Kena Dengan Citarasa – Que Haidar

Terdahulu, Selepas kali terakhir muncul dalam drama bersiri Cahaya Malaika pada tahun 2015, aktor Que Haidar akui amat merindui dunia lakonan. Bagaimana pun Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 38, berkata dia perlu teguh dengan prinsipnya dalam bidang lakonan. “Sebenarnya tipulah kalau saya kata tak rindu untuk berlakon, bukan tiada tawaran yang diterima.

“Cuma saya tetap pegang dengan prinsip saya iaitu saya akan lakukan sesuatu itu bila saya betul-betul suka,” katanya kepada Astro Gempak. Que akui kerana terlalu selektif, dia telah menolak beberapa tawaran berlakon. “Bukan skrip yang diterima tidak bagus tetapi tidak kena dengan cita rasa saya sebagai seorang pelakon. “Malah tawaran juga ada tetapi tiada skrip yang melekat dalam hati. Saya mahukan karakter yang wataknya pergi dengan lebih mendalam. 

“Namun, setakat ini belum ada lagi,” katanya lagi. Meksipun pernah terfikir untuk menerbitkan drama atau filemnya sendiri, namun Que perlu akur yang dia masih belum yakin untuk duduk di kerusi pengarah. “Saya pernah terfikir untuk menerbitkan drama sendiri, malah pernah mencuba untuk menulis skrip beberapa kali tetapi tidak berjaya. “Apatah lagi duduk di kerusi pengarah, buat masa ini saya belum yakin untuk menjadi ketua kepada seluruh produksi,” katanya lagi. Filem terakhir Que adalah Ophilia yang ditayangkan pada 2014.

Sumber: Gempak