Kecoh apabila Joy Revfa tergamak batal majlis nikah pada saat akhir buat ramai terkedu akan sikapnya itu. Dia tampil bongkar sesuatu mengenai dirinya yang ramai tak tahu. Tak sangka sampai begitu sekali dia sanggup lakukan

Usahawan kosmetik Joy Revfa mengesahkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah berakhir. Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 32, berkata, keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu itu disebabkan tiada lagi keserasian antara mereka. “Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga kerana telah membuat keputusan terlebih dahulu untuk memutuskan pertunangan dan membatalkan pernikahan yang sepatutnya diadakan pada bulan Jun lalu. “Keputusan ini dipersetujui sepenuhnya juga oleh ibunda saya sendiri. Saya tidak menyalahkan sesiapa dan anggap saya dan dia tidak serasi lagi untuk bersama namun kami masih berkawan seperti biasa,” kata Joy kepada mStar.

Sebelum ini, Joy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Z.A pada 14 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup. Menerusi laporan mStar pada 15 April lalu, Joy memberitahu enggan dedahkan wajah dan identiti bekas tunangnya kerana bimbang pihak luar akan masuk campur. Dalam pada itu, Joy berkata, dia akan menghubungi penaja yang bertanggungjawab menyiapkan persiapan pernikahan tersebut dan membuat permohonan maaf. “Mohon maaf kepada penaja-penaja pernikahan yang telah siap 70 peratus semata-mata untuk persiapan nikah nanti. Saya akan hubungi satu persatu setiap penaja.

“Saya sedar, jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih… ia semua rahsia Allah. “Perancangan Allah tu jauh lebih indah. Mohon maaf sekali lagi kepada keluarga pihak lelaki di atas keputusan drastik ini dan juga buat keluarga terdekat sebab kali ni tak jadi lagi,” ujarnya. Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun namun mereka berpisah pada 25 Oktober 2017. Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.

Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi

Bekas isteri penyanyi, Hafiz Hamidun, usahawan kosmetik, Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi perniagaan di Shah Alam, semalam. Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 32, bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti jejaka pilihan hati yang bakal dinikahi, tahun ini. Malah, pada perkongsian di Instagram, Joy ‘menutup’ wajah tunang dan anggota keluarganya, namun meletakkan tag di bawah akaun pada entri terbabit. “Majlis pertunangan dibuat sederhana dan tertutup. Saya bersyukur majlis dihadiri teman rapat seperti Heliza Helmi, Mawar Karim dan Lufya. “Insya-Allah, majlis perkahwinan dirancang, tidak lama lagi… Insya-Allah tahun ini juga,” katanya kepada BH Online. Joy bersyukur ibunya, Sofia Abbas merestui pertunangan ini malah menjadi individu penting dalam membuat hiasan bagi setiap sudut rumah.

“Dulang hantaran pun ibu saya sediakan,” katanya. Bercerita mengena jejaka pilihan hati, Joy mengaku mengenali rakan kongsinya itu, akhir tahun lalu. “Kami bertemu pada mesyuarat di mana saya mahu melebarkan skop perniagaan dalam bidang kecergasan diri. “Tunang saya adalah jurulatih kecergasan dan memiliki perniagaan sendiri. Akhirnya, kami jadi rakan kongsi di bawah Merve Fitness. “Sejak itu, kami mula kenal hati budi masing-masing. Dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman saya,” katanya sambil menambah tunangnya menjaga solat dan hubungan dengan bukan mahram, selain mendalami ilmu agama. Joy pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk dengan Hafiz. Namun, mereka berpisah pada 2017. Dalam perkahwinan pertama, Joy dikurniakan anak, Arryan Firdaus yang berusia enam tahun.

Joy Revfa bakal tamatkan zaman ibu tunggal- “Saya pilih lelaki yang bijak dalam perniagaan dan agama”

Tidak mahu terus memberi teka-teki, usahawan kosmetik Joy Revfa mengakui bakal menamatkan zaman ibu tunggal dalam masa terdekat. Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata, dia akan dedahkan identiti jejaka tersebut pada hari pernikahan mereka. Bagaimanapun, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini menjelaskan individu tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini.  “Ya… memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsiakan sehingga hari pernikahan kami nanti. 

Joy Revfa memberi bayangan bakal berkahwin tidak lama lagi. “Bukan apa… takut nanti terlalu berkongsi, ada perkara yang tidak baik berlaku. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi, lebih baik saya memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu. “Cuma setakat ini saja yang saya boleh kongsikan. Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti. Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini. “Saya dengan bekas kekasih sudah berpisah sejak tahun lalu. Anggap sajalah tiada jodoh dan hubungan kami tiada lagi sehaluan,” kata Joy kepada mStar.

Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti

Joy diminta mengulas mengenai status laman sosialnya yang memberi gambaran bakal berkahwin dalam masa terdekat. Pada Jun tahun lalu, Joy pernah menimbulkan spekulasi di laman sosial apabila memberi bayangan seakan-akan dirinya dirisik oleh seseorang yang dipercayai pelakon baharu. Hubungan Joy dengan bekas kekasih berakhir pada tahun lalu. Dalam pada itu, Joy memberitahu dia mahu pasangan hidupnya selepas ini seorang yang lebih terbuka dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam.  “Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami”, ujarnya. 

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun dikata tidak sah. Masalah tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama. Sebelum itu Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.

“Kebanyakan Drama Je Lebih” – Joy Revfa Serik Kahwin Artis

Usahawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa memberitahu bahawa dia sudah serik untuk mendirikan rumah tangga dengan mereka yang datang daripada industri seni. Ini kerana, Joy, atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd. Amin, 32, menyifatkan golongan artis rata-ratanya penuh dengan drama.
“Serik sebab kebanyakan drama je lebih (tak semua) dan kena pilih yang berfikiran ke arah bisnes atau jutawan juga. Kalau tak memang tak sehaluan. “Tapi kalau yang datang tiba-tiba pelakon Ranveer Singh atau penyanyi Shawn Mendes, hat tu baru cheq tak serik..tibeh,” kongsinya.Joy berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.


Perkongsian Joy itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata bersetuju agar usahawan tersebut mencari individu dalam bidang sama. “Ha..ha.. comey jawapan. Betul sangat..saya setuju ..mesti kena yg sekepala,” tulis salah seorang pengikutnya. Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017. Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak berpanjangan sebelum mereka disahkan berpisah talak satu pada 25 Oktober 2017. Terdahulu, Joy pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia lima tahun.