Kecoh dengan reaksi suami Ummi Nazeera ketika berdepan dengan doktor atas satu urusan ini. Lebih menarik perhatian apabila suaminya itu merupakan seorang doktor juga.

Apabila mengalami situasi perlu dicucuk jarum ketika masih kecil apabila berada di klinik, hospital mahupun di sekolah membuatkan ada segelitirnya masih sahaja merasa takut. Ketakutan atau mungkin kerana fobia membuatkan mereka akan merasa sedemikian sehingga ada juga situasi yang pernah tular tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak menjerit atau menunjukkan rasa tidak selesa ketika dicucuk. Ini bukan main-main boleh hapuskan bunyi bising sekuat helikopter!. Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka seorang doktor juga merasa sedemikian apabila pelakon, Ummi Nazeera berkongsikan situasi gelagat tidak selesa dimana suaminya yang merupakan seorang doktor disaat mendapatkan suntikan.

Menerusi Instagram, Ummi Nazeera berkongsikan rakaman video kepada peminat dan pengikut lalu dalam masa yang tidak lama ia mendapat perhatian mereka apabila pelakon ini berkongsikan situasi dialami oleh suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani. “Jangan sangka doctor berbadan tegap tak takut jarum ya Tuan Tuan & Puan Puan.” Tulis Ummi Nazeera disamping berkongsikan rakaman video. Melalui ruangan komen, ternyata situasi itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut Ummi Nazeera dimana ada yang tidak menyangka dimana situasi takut jarum juga terjadi kepada seorang doktor. “Kann betul-betul, kebanyakan…”. “Ah sudah, biasa cocok orang sonok… kali ni dia yang kena”. “Tula, selalunya doc inject…”

Sumber: HCL

“Berkuranglah doktor yang boleh bekerja” – Suami Ummi Nazeera kongsi kisah rakan ‘frontliners’ dikuarantin akibat pesakit Covid-19 menipu!

SIKAP tidak bercakap benar dan menyembunyikan maklumat penting berkaitan Covid-19 menyebabkan para petugas kesihatan terdedah jangkitan wabak itu kerana tidak bersedia dengan peralatan perlindungan diri (PPE). Situasi itu dilalui rakan baik kepada suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Mohd Izzar Anwari. Menurut Dr Izzar, rakannya yang dikenali sebagai Dr Amirul dan beberapa doktor di jabatan kecemasan dan wad sebuah hospital terpaksa dikuarantin akibat sikap pesakit yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang lebih menyedihkan apabila kesemua doktor tersebut terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan keluarga masing-masing. “Beberapa minggu lalu dia terdedah kepada seorang pesakit positif Covid-19 selama tiga jam tanpa pakaian perlindungan (PPE). Kenapa dia tak pakai? Sebab pesakit tu tak beritahu semua orang dia baharu pulang dari Korea.

“Bukan sahaja Dr Amirul yang terdedah, malah doktor-doktor di jabatan kecemasan dan di wad juga terdedah tanpa perlindungan sebab pesakit tersebut tak jujur semasa ditanya oleh petugas kesihatan. “Maka semua doktor yang terdedah tu terpaksa dikuarantin. Jadi, berkuranglah doktor yang boleh bekerja. Dan yang paling sedih, mereka terpaksa berpisah daripada keluarga,” katanya.

Sumber: Mstar