kembali berlakon bukan sebab masalah kewangan. Mengejutkan bila tiba tiba Shakilla Khoriri tampil bersuara bongkarkan punca dia berlakon semula buat warganet terkedu. Rupa rupanya ini punca.

LEBIH setahun hilang dari radar dunia lakonan kerana memberi tumpuan kepada keluarga, pelakon Shakilla Khoriri mengakui dia berasa teruja kerana kini kembali ke set penggambaran. Shakilla, 31, berkata biarpun gembira dapat kembali aktif namun dia tetap berasa sedih kerana terlepas melihat proses pembesaran anaknya iaitu Ameena Sofia yang kini berusia setahun.

“Sebenarnya bila dapat kembali berlakon memang gembira sebab dah lama berehat. Sekarang waktu yang sesuai sebab Ameena pun dah besar dan pandai bawa diri. “Masa saya terpaksa berjauhan dengan Ameena untuk penggambaran di Melaka selama 15 hari, setiap kali buat video call… mesti sedih. Sebab satu hari tinggal dia, banyak benda baru yang dia belajar.

“Tapi saya cakap dekat diri sendiri, inilah pengorbanan. Saya kena ikut produksi sebab bila dah setuju, tak boleh nak complain la,” katanya kepada mStar. Pada Ogos lalu, isteri kepada penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali itu terpaksa berjauhan dengan anak dan suaminya disebabkan menjalani penggambaran sebuah drama di Melaka selama setengah bulan.

Dalam pada itu, Shakilla memberitahu dia memilih untuk kembali bekerja bukan disebabkan mempunyai masalah kewangan namun ingin melepaskan kerinduan terhadap lakonan yang sudah diceburi sejak 18 tahun lalu. “Bukan soal duit… kalau tak kerja pun, masih boleh hidup dan makan. Cuma, saya sudah lama dalam bidang lakonan, dah 18 tahun. Saya kerja bukan sebab nak duit

“Lagipun, saya bukanlah pelakon popular… berapa sen saja dapat. Saya boleh jana pendapatan lebih dengan buat reviu tapi jiwa dan hati saya dekat lakonan. Rindu nak berlakon. “Kalau orang bayar sedikit pun, saya akan terima sebab memang itu minat saya,” ujarnya. Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 1.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.