Kerap sangat lupa sampai tak tahu cara untuk atasi. Berikut 5 cara mudah yang anda boleh gunakan

Setiap orang mesti pernah lalui rasa lupa bukan? Contohnya ada yang keluar rumah tiba tiba terlupa bawa dompet atau tertinggal pelitup muka walaupun sudah diletakkan di atas meja. Dan pelbagai sebenarnya situasi lupa yang kita boleh senaraikan. Namun begitu, sekiranya tabiat pelupa ini berterusan sehingga kini,ia agak dikhuatiri akan menimbulkan masalah meskipun faktor genetik dan usia serta gaya hidup Usah khuatir,ini beberapa langkah untuk mencegahnya sekaligus menguatkan ingatan anda.

Pertama sekali ialah KOPI. Terdapat kajian pada tahun 2014 yang mendapati individu yang minum 200 miliigram kafein setiap hari mendapat markah yang lebih baik ketika mengambil ujian kekuatan memoriKafien dapat meningkatkan daya ingatan jangka pendek. Kajian dilakukan Frontiers in Psychology mendapati orang dewasa yang minum kafein pada waktu pagi dapat meningkatkan memori dengan lebih baik

Kedua, kurangkan pengambilan gula. Tak dinafikan rasa manis memang sedap tetapi ia tidak baik buat ingatan seseorang. Sebuah kajian pada 2017 turut mendapati diet tinggi gula boleh meningkatkan risiko sakit alzhe1mer. Untuk mengurangkan risiko hilang ingatan, sebaik-baiknya kawal pengambilan gula dalam diet.

Ketiga,coklat pahit. Rasa pahit dan manis dark chocolate membantu meningkatkan daya ingatan. Kajian pada 2011 mendapati kandungan flavonoid padanya membantu meningkatkan otak bekerja.Orang yang makan dark chocolate memiliki prestasi lebih baik dalam mengingati sesuatu – sebaik-baiknya pilih yang mengandungi 72 peratus koko.

Keempat tidur mencukupi. Semua orang mesti tahu bukan tidur adalah penting untuk kesihatan manusia secara keseluruhan kerana ia mampu mempengaruhi kemampuan kognitif manusia.Kurang tidur boleh menyebabkan gangguan kognitif termasuk dalam memproses memori.

Kelima ialah ikan berlemak. Tak semua lemak itu tidak baik. Lemak amatlah diperlukan tubuh apatah lagi omega 3 daripada ikan seperti ikan kembung,salmon dan sebagainya. Lemak ini membantu untuk kawal inflamasi yang diakibatkan oleh insulin daripada pengambilan makanan bergula. Semasa inflamasi berlaku,ia boleh menurunkan tahap kemampuan kognitif.

Tips jimat dan selamat beli barang di kedai Online

Membeli barangan atas talian sudah menjadi kebiasaan dan memudahkan pengguna membeli sesuatu perkara tanpa perlu lagi menuju ke kedai secara fizikal. Perlaksanaan sistem pada sesebuah platform memainkan peranan dalam menjadikan urusan jual beli lebih selamat.

1. Pilih platform yang memiliki keselamatan yang tinggi..Ada beberapa buah platform telah menyediakan sistem dompet tersendiri untuk menguruskan transaksi antara pembeli dan penjual. Perkara ini membuatkan sesebuah platform ini dikenali sebagai orang tengah kerana mereka ‘memegang’ duit pengguna sebelum ia diberikan kepada penjual. Apabila seseorang pengguna menerima barangan yang dibeli, barulah duit tersebut dilepaskan kepada pihak yang menjual barangan tersebut. Sebagai contoh di Malaysia, Lazada dan Shopee.

2. Bandingkan harga.Perkara penting dalam membeli sesuatu barangan dengan membuat perbandingan harga. Sekiranya anda membeli barangan melebihi satu unit, ia pastinya dapat memberi lebih penjimatan walaupun berbezaan sekitar RM1. Anda boleh menilai dari segi kos penghantaran dan tawaran yang diberikan.

3. Lihat penilaian kedai.Ketika anda menjumpai barangan yang ingin dibeli, pertama sekali anda perlu buat ialah dengan meneliti penilaian kedai tersebut. Perhatikan angka penilaian (dalam skala 1-5) dan kadar penjual tersebut membuat balasan mesej pengguna. Membaca komen yang dikeluarkan oleh pengguna lain untuk menilai masa penghantaran dan kualiti bungkusan barang.

4. Lihat jaminan atau polisi ‘return/refund.Selepas menjumpai barangan yang ingin dibeli, pastikan anda membaca polisi yang ditentukan oleh penjual atau kedai tersebut. Pastikan anda mengetahui tempoh dan jenis jaminan yang ditawarkan, terutama barangan jenis elektronik. Bertanya kepada penjual tentang polisi pemulangan barang atau wang semula,

5. Lihat lokasi dan masa penghantaran.Membeli barangan daripada luar negara bukanlah sesuatu perkara yang buruk, tetapi ia akan memakan masa yang sedikit lama berbanding membeli barangan di dalam negara. Namun, anda hendaklah meneliti pengurusan jaminan mungkin akan terdapat sedikit kesukaran.