Khidmat mengurut dapat mengurangkan pelbagai masalah. Dan rupa rupanya ia juga bantu selesaikan masalah sembelit.

Mengurut dapat membantu melegakan kesakitan dan memberi ketenangan. Urutan merupakan satu rawatan terapi tradisional yang berbentuk sentuhan, usapan dan menekan bahagian tertentu bagi memberi sensasi ketenangan dan mengurangkan rasa sakit dialami seseorang.

Terdapat pelbagai jenis urutan serta menggunakan bahan seperti minyak ketika mengurut bagi membolehkan urutan dilakukan lebih berkesan. Urutan bukan sahaja memberi ketenangan dan kelegaan tetapi ia membantu memulihkan seseorang secara fizikal, mental dan rohani. Kajian turut mendapati bahawa urutan memberi pelbagai kebaikan kepada kesihatan, termasuklah;

Mengurut dapat membantu melegakan sakit sendi.

1. Menghilangkan sakit sendi

Sakit sendi atau arthritis biasanya boleh membuatkan seseorang itu mengalami bengkak dan rasa sakit pada bahagian sendi. Mengurut sebenarnya dapat membantu mengalirkan cecair merah ke kawasan sendi sekali gus mengurangkan rasa sakit meskipun bersifat sementara. Selain mengurut, fisioterapi juga boleh membantu mengurangkan sakit sendi.

2. Melegakan otot tegang

Sekiranya seseorang itu mengalami otot yang tegang, mengurut juga dapat membantu mengalirkan cecair merah dengan betul serta membantu mempercepatkan proses pemulihan. Biasanya, urutan pada otot akan dilakukan menggunakan minyak dengan menggosok pada bahagian yang sakit untuk meredakan ketegangan otot. Ia bukan sahaja berlaku kepada mereka yang sudah berusia, malah mereka aktif bersukan juga berpotensi mengalami masalah ini.

Urutan pada leher dan bahu dapat membantu melegakan sakit kepala.

3. Meredakan sakit kepala

Sakit kepala juga boleh berlaku disebabkan ketegangan otot terutamanya pada bahagian kepala, leher dah bahu. Biasanya, kita akan makan ubat sakit kepala tetapi urutan pada ketiga-tiga bahagian itu dapat membantu melegakan ketegangan otot dan mengurangkan rasa sakit kepala.

4. Mengurangkan keletihan dan tekanan

Terdapat beberapa teknik urutan yang ternyata dapat menghilangkan tekanan dan keletihan badan. Dengan urutan yang betul, ia juga dapat mengurangkan masalah kemurung4n, mengawal hormon dan memperbaiki kualiti tidur seseorang. Urutan ini lebih dikenali sebagai relaxing massage yang merawat fizikal yang lesu akibat tekanan.

5. Merawat sembelit

Mungkin ramai tidak tahu masalah penghadaman seperti sembelit dapat dirawat hanya dengan mengurut! Mengurut sememangnya mampu mengurangkan rasa tidak selesa pada bahagian perut. Malah kajian yang dilakukan Gastroenterology Nursing 2016 mendapati urutan pada bahagian abdomen dapat membantu menggerakkan usus.