Khir Rahman tampil berani bidas sikap Ajai sebab beri markah rendah pada peserta program realiti ini hingga gelar sebagai tak matang terus jadi perdebatan ramai. Dia nekad buat satu perkara ini pada Ajai

Pelakon Khir Rahman menyifatkan sikap penyanyi dan komposer Ajai memberikan markah 2 peratus kepada bintang Big Stage 2020 adalah kurang matang. Jelas Khir, secara peribadinya, markah 2 peratus itu wajar diberikan kepada Ajai daripada sudut kematangan manusiawi. “Saya tonton ulang siar Big Stage 2020. Secara peribadi saya berikan 2/100 markah untuk Ajai dari sudut kematangan manusiawi.
Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon. Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.

Sikap Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia. Jangan lupa saksikan 12 bintang Big Stage 2020 beraksi di konsert minggu kedua pada Ahad ini. Undi peserta kegemaran secara online  serta menerusi aplikasi SYOK. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000. Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

Kita tunggu dan lihat – Khir Rahman

Pengarah teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menjelaskan sikap pelakon dan kru membangkitkan isu tentang bayaran tertunggak bukan untuk memalukan sesiapa. Sebaliknya, Khir berkata, selain meminta hak sendiri, langkah itu bertujuan memberi kesedaran kepada pihak terbabit supaya lebih bertanggungjawab demi kebaikan industri. “Kalau boleh, kami mahu perkara ini diselesaikan antara kami saja tanpa membabitkan orang luar. “Selain mahu menjaga air mukanya, kami juga mahu menjaga air muka kami. Soal tidak mendapat bayaran bukanlah sesuatu yang seronok untuk dijaja.

“Bagaimanapun, apabila dia terlebih dulu bercerita kepada media, kami tiada pilihan, selain tampil bersuara mempertahankan hak. “Kami terpaksa berbuat demikian kerana mahu memberi kesedaran kepadanya supaya tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang demi kebaikan industri,” katanya kepada BH Online. Sejak minggu lalu, isu bayaran pelakon dan kru teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya (IB), Februari lalu, hangat diperkatakan apabila seorang demi seorang tampil bersuara.

Mereka menyatakan penerbit, Syarikat Ogy Ventures & Network milik pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud, belum melunaskan baki bayaran. Fauziah atau mesra disapa Ogy bagaimanapun dilaporkan menjelaskan, semua bayaran tertunggak akan dilangsaikan seperti dijanjikan. Khir menyatakan pernah dimaklumkan beberapa pihak lain melalui pengalaman sama ketika bekerjasama dengan pelakon dan pengarah terkenal itu.

“Apabila mendengar cerita sebegitu, ditambah dengan janji melunaskan baki hutang pada pertengahan Mac lalu tetapi tidak ditunaikan, sedikit sebanyak menerbitkan kerisauan kepada kami. “Perbuatan seperti itu bagi saya harus dibendung. Kita tidak mahu ia menjadi tabiat, sekali gus menyusahkan pihak lain pada masa akan datang,” katanya. Khir berkata, tuntutan itu dibuat sebagai suatu peringatan kepada semua penerbit supaya sentiasa mengukur baju di badan sendiri dalam setiap perkara dilakukan.

“Saya juga ada cita-cita mementaskan teater. Tetapi saya tahu projek itu memerlukan kos tinggi dan saya tidak mampu. Hendak mengharapkan duit orang pun tidak boleh juga,” kata pelakon filem Rock 4 : Rockers Never Dai ini. Mengulas janji penganjur yang dikatakan tidak akan melarikan diri, Khir atau nama penuh, Khairulizam Abdul Rahman mengambil sikap tunggu dan lihat. “Dia boleh cakap apa saja, tidak akan lari dan tetap akan bayar. Kita tengok saja nanti.

“Namun, kami tetap tidak berdiam diri dan akan sentiasa menghubunginya untuk mendapatkan perkembangan terkini,” katanya. Bagaimanapun, Khir meminta pelakon menggunakan saluran yang betul dalam meluahkan perasaan supaya langkah boleh dibuat boleh dijadikan bahan bukti. “Kita juga kena menjaga bahasa apabila menulis di media sosial. “Kalau boleh, kita tidak mahu perkara ini membabitkan undang-undang. Namun, jika dia terus mendiamkan diri, berkeras dan tidak menunaikan janji dilafazkan, jalan akhir terpaksalah kami bawa perkara ini ke muka pengadilan,” tegas aktor berusia 48 tahun ini. Terdahulu, menerusi ciapan di akaun Twitter, Khir berkata, dia masih bersikap rasional dan sedang cuba menahan diri daripada membincangkan mengenai isu berkenaan di media sosial.-Berita Harian