Kini aktiviti berbasikal semakin diminati ramai. Ini tips untuk menjaga dan memastikan basikal dalam keadaan terbaik

Membelanjakan wang beribu untuk sebuah basikal yang cantik bagi memperoleh perasaan yang begitu mengujakan dalam pengalaman menunggang basikal. Sementara anda menikmati saat menunggang basikal dengan lancar, jangan dilupakan tiga perkara penting untuk menjaga dan memastikannya dalam keadaan terbaik. Sedikit perkongsian tips tentang cara penjagaan tayar dan basikal.

Pertama, elakkan terkena cahaya matahari (UV) dalam waktu yang lama. Pendedahan yg panjang kepada cahaya matahari (UV) bole menyebabkan “Rubber” akan menjadi lemah, crack dah pecah. Jadi, bagi mengelakan masalah ini berlaku adalah lebih baik jika anda menyimpan basikal dalam bilik dan sapu dengan wax atau polish.

Kedua, kelempan. Ini juga bole memendekkan usia tayar. Jika berkayuh semasa jalan basah, hujan, lopak air, basuh basikal tiap-tiap hari, Hendaklah lap tayar terlebih dahulu sebelum simpan basikal. Jangan simpan dalam keadaan tayar basah. Jika tidak berkayuh Gantung basikal atau terbalikkan basikal semasa dlm simpanan untuk mengelakkan tayar deformation.

ketiga, lakukan inspection. Sebelum berkayuh periksa tayar sama ada terdapat paku, duri, kaca, crack, batu terlekat pada bunga tayar. Bersihkan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku semasa berkayuh. Terutama semasa downhill dan “coner”. Jangan lupa periksa juga terlebih dahulu tekanan angin tayar. Isikan angin tayar seperti yang disyorkan pada tayar. Tambahkan tekanan jika anda dah lama tidak kayuh dan berat badan dah naik up to maximum pressure.Keempat, pastikan ketebalan bunga . Jangan guna tayar yang sudah haus. Kurangkan aktiviti Drift semasa membrek.

Di sini juga ada beberapa tips untuk mengekalkan basikal anda sentiasa dalam keadaan baik.  Pertama, Jika anda hendak membersihkan rantai basikal anda, pastikan anda berbuat demikian dengan kedudukan basikal anda berada dalam keadaan statik, kerana menggerakkan rantai berulang kali akan melemahkan pautan dan dari masa ke masa boleh menyebabkan kegagalan. kedua, untuk menghilangkan minyak secara berkesan pada rantai basikal, letakkan basikal anda di atas tempat kerja anda dan beralih kepada gelang rantai terbesar dan di tengah gigi gear.

ketiga, penghapus dan Pembersih Rantai dalam rantai dan gelang rantai basikal. Gosok kotoran dengan berus yang agak keras. Bilas atau lap kering. keempat, Apabila anda ingin melincirkan rantai basikal anda, titiskan pelincir ke setiap roller bukan hanya meletakkannya di sepanjang rantai basikal. Bagaimanapun, pelincir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap rantai luar kerana ia hanya berfungsi untuk mengurangkan geseran dan memastikan kotoran luar tidak masuk ke dalam roller. Jadi pastikan rantai digosok dengan kain selepas pelincir dibiarkan seketika, kerana sebarang pelincir yang tertinggal di luar rantai akan menjadi magnet untuk kotoran.

Keempat, apabila membasuh basikal anda, jangan lupa bahagian rangka bawah dan sepit udang, di mana bahagian berkenaan paling mudah tersangkut. Sembur basikal anda dengan Pencuci , kemudian guna berus lembut dan sembur ke semua sudut dan celah untuk mengeluarkan kotoran.  Seperti mana-mana peralatan, permainan atau harta benda yang lain, penyelenggaraan adalah kunci untuk memastikan semuanya berfungsi bagi tempoh masa yang lama