Setelah dikejutkan dengan kehadiran cahaya mata mereka. Kini Eyra Hazali buat kejutan untuk suaminya sehingga membuatkan peminatnya terkesan dengan kejutan Eyra kepada Haziq. Ini kisah selanjutnya.

Pelakon, Eyra Hazali semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertamanya pada 14 ogos lalu dan seperti diketahui juga, Eyra selamat mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dengan seorang penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikenali sebagai Haziq Nadzli. Difahamkan juga, suaminya itu perlu berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk menemani Eyra Hazali.

Walau bagaimanapun, terbaharu Eyra Hazali membuat kejutan buat suaminya untuk pergi ke Johor bertemu kesayangannya itu disamping membawa cahaya mata lelaki mereka yang diberi nama, Muhammad Hayder Qhalish. Berkongsikan momen itu dilaman channel Youtube Eyra Hazali, pasangan ini membuatkan peminat turut terkesan melihat kejutan Eyra Hazali terhadap suaminya itu.

Ujarnya menerusi video, Eyra Hazali kesian dengan suaminya itu dan mengambil keputusan untuk balik ke Johor dan akan sambung berpantang di sana. Melalui Youtube, video berdurasi lebih 5 minit itu membuatkan peminat turut gembira melihat keluarga bahagia pelakon terbabit dan dalam pada masa yang sama, rata-rata warganet turut mendoakan yang terbaik buat mereka. “Saya doakan semoga rumahtangga Eyra dan Haziq, kekal hingga ke Jannah” “How sweet both of you, semoga berkekalan hingga ke jannah dan baby jadi anak yang beriman…”

Sumber: HCL

Eyra Hazali bersalin anak lelaki

PELAKON Eyra Hazali selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.25 kilogram yang juga cahaya mata pertamanya bersama penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli di KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur jam 2.18 petang semalam. Eyra ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kelahiran sulung itu dipermudahkan walaupun terpaksa bertarung selama 21 jam untuk melahirkan bayi yang hanya dikenali sebagai MHQ itu.

“Sebagai kelahiran pertama, alhamdulillah semuanya okay. Bagaimanapun, kami belum mahu dedahkan namanya buat masa ini,” katanya. Terdahulu, Haziq turut berkongsi berita gembira itu di Instagram Story dan mengucapkan syukur atas doa orang ramai terhadap kesejahteraan isterinya. “Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan. ‘Thanks’ sayang Eyra Hazali.

“Papa dan mama sayang kamu MHQ,” katanya. Menurut Eyra, kini suaminya perlu berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur setiap minggu menemaninya jika ada cuti. Dia turut mendedahkan mengalami sakit di bahagian belakang sehingga tidak dapat tidur dengan nyenyak. Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana di sebuah masjid di Kuala Lumpur.- HMETRO