Kini tak perlu lagi ke Spa untuk memotong kuku. Ketahui rahsia untuk kuku kekal sihat berkilat dan cantik di rumah sahaja.

Barangkali  memotong kuku yang panjang adalah satu-satunya perkara yang dilakukan sebagai tanda kuku kaki dan tangan dijaga, namun sebenarnya ia lebih daripada itu. Sekiranya ada wang tambahan, barulah kita akan berkunjung ke spa untuk menata rias kuku dan memanjakan diri. Sebenarnya untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat, tidak perlu berbelanja besar dengan ke spa sebaliknya ia boleh dilakukan sendiri di rumah.

1. Pastikan kuku kekal lembap

Cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kuku sangat mudah dan paling penting ia tidak memerlukan kos yang besar selain bahan digunakan mudah didapati. Anda hanya perlu menyapu losyen pada keseluruhan kuku tangan dan kaki setiap hari untuk mengekalkan kelembapannya dan waktu terbaik adalah sebelum tidur atau ketika anda berasa kuku kering. Selain losyen, minyak zaitun juga baik untuk kesihatan kuku memandangkan ia kaya dengan vitamin E.

2. Potong kuku

Kuku yang panjang boleh mencacatkan penampilan apatah lagi ia kelihatan kotor kehitaman. Biasakan diri memotong kuku jika ia sudah panjang bagi mengelakkan penyebaran kuman.

3. Vitamin tambahan

Tidak hanya memfokus kepada penjagaan luaran, dalaman juga penting kerana ia dapat mencantikkan kuku anda dengan cara semula jadi.

4. Susu

Pengambilan susu dalam pemakanan seharian adalah disyorkan bagi membantu kuku kekal cantik dan sihat kerana ia kaya dengan zink. Sekiranya kuku anda menunjukkan tanda-tanda berwarna putih, itu menandakan anda kekurangan zink. Zink bukan sahaja baik untuk kuku tetapi kesihatan secara keseluruhan.

Ramai yang mengalami tangan dan kaki sering berpeluh dengan secara tiba tiba. Kini ada penjelasan kemungkinan perkara itu berlaku.

Tapak tangan berpeluh boleh menyebabkan seseroang berasa rendah diri apatah lagi bersalaman dengan orang lain. Tapak tangan dan kaki berpeluh biasanya berlaku ketika tubuh kita sedang berada dalam keadaan tertekan, mengalami gangguan emosi atau selepas bersenam.

Bagaimanapun, segelintir orang berpeluh di bahagian itu secara berlebihan meskipun tidak melakukan aktiviti berat atau berada dalam keadaan tertekan. Keadaan ini dapat mengganggu aktiviti harian sehingga menyebabkan penderitanya berasa malu dan enggan bersalaman kerana tangan mereka berpeluh.

Tangan atau kaki berpeluh secara berlebihan ini dikenali sebagai hiperhidrosis dan ia berlaku disebabkan telapak tangan dan kaki kita memiliki lebih banyak kelenjar peluh berbanding bahagian tubuh yang lain. Penyebab ia berlaku kebiasaannya berbeza untuk setiap pesakit termasuk bergantung kepada jenis hiperhidrosisi primer atau sekunder.

Hiperhidrosis primer

Seperti dijelaskan Mayo Clinic, hiperhidrosis primer adalah paling umum dan disebabkan oleh gangguan saraf yang menghantar signal kelenjar peluh menjadi aktif terutamanya jika seseorang berasa tertekan atau cemas. Ia juga boleh disebabkan faktor keturunan dan jika ada ahli keluarga yang mengalaminya, ada kemungkinan ia akan berlaku kepada anda.

Hiperhidrosis sekunder

Sementara itu, hiperhidrosis sekunder pula terjadi apabila peluh berlebihan muncul kerana keadaan kesihatan atau gejala penyakit tertentu. Penyebab telapak tangan dan kaki berpeluh disebabkan hiperhidrosis sekunder antara lain; Di4betes, Menop4vs, Masalah tir0id, Gula darah rendah, Sakit di jantung, Gangguan sistem s4raf, Jangkitan kum4n dan kesan sampingan ub4t-ub4tan

Cara mengatasi telapak tangan dan kaki berpeluh

Telapak tangan dan kaki berpeluh secara berlebihan boleh menyebabkan j4ngkitan pada kulit. Selain itu, penderita juga akan mengalami gangguan sosial dan emosi kerana memiliki tapak tangan dan kaki yang lembab. Menurut American Academy of Family Physicians, cara mengatasi telapak tangan dan kaki berpeluh secara berlebihan perlu disesuaikan penyebab ia berlaku terutamanya jenis hiperhidrosis sekunder – pesakit perlu memastikan penyakit mereka terkawal. Selain itu, doktor biasanya akan menyarankan pesakit menggunakan ubat sapu antiperspiran yang mengandungi aluminium klorida, suntikan toksin botulinum jenis A, pembedahan pemotong4n saraf penyebab berpeluh.