Baru sahaja digelar penjaga jodoh orang. Kini warganet kenankan Zizan Razak dengan seorang perempuan ini yang dikongsikan di laman sosialnya baru baru ini. Ini respon Zizan dengan komen warganet.

Nama Zizan Razak sememangnya cukup sinonim dengan lawak jenaka darinya. Seorang yang cukup ceria tidak kira di sosial media atau di luar, gelagat Zizan Razak sering sahaja meraih perhatian ramai. Apatah lagi sering berkongsikan video atau foto dengan kapsyen yang mampu membuatkan ramai tertawa dengan lawak jenakanya itu. Terbaru satu foto yang dikongsikan oleh Zizan Razak menerusi laman Instagram miliknya sekali lagi telah membuatkan ramai tertawa dengannya.

Perkongsiannya itu memaparkan seorang gadis bergambar sedondon dengan baju Zizan Razak. Walaupun baju yang dipakai Zizan Razak adalah kemeja dan si gadis tersebut berbaju kurung, namun corak pakaian kedua-duanya serupa habis! Biarpun Zizan Razak yang memakai kemeja bercorak bunga itu di dalam televisyen, namun gadis tersebut sempat merakamkan foto bersamanya. Berikut adalah perkongsian gadis bergambar sedondon dengan baju Zizan Razak. Macam mana agaknya boleh tersama pula baju mereka ini ya? Foto yang dimuat naik oleh Zizan Razak itu sendiri telah meraih lebih dua ribu tanda suka sejak dikongsikan kurang dari 30 minit yang lalu. Berikut antara komen oleh warganet di perkongsiannya itu: “Jodoh mungkin”. “Suratan atau kebetulan?”. “Hahahaha Siot ah…Jodoh tuh Zizan Razak”

SUMBER: HCL

“Baik Hati Sebab Jaga Jodoh Orang..” – Zizan Razak

Instagram Meletop ada memuat naik sebuah tweet viral daripada seorang individu menjelaskan bahawa wanita cantik di Malaysia ini kebanyakannya berasal dari negeri Perak, Selangor, Johor dan Sabah. Kenyataan tersebut bukan sahaja mendapat reaksi pelbagai warganet, malah para selebriti turut memberikan pendapat mereka. Antaranya termasuklah Siti Nordiana, Nabil Ahmad, Alvin Chong dan juga Zizan Razak.

Dalam pada itu, Zizan secara berseloroh memberitahu, kebanyakan perempuan cantik di luar sana biasanya tertarik dengan jejaka berasal dari Terengganu. Bagaimanapun, kesemuanya dikatakan putus di tengah jalan. “Lelaki yang hansome dan memiliki awek yang cantik majority Terengganu. “Dan mereka kebanyakkan baik hati kerana menjaga jodoh orang,” selorohnya. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terkedu malah turut terhibur melihat reaksi daripada pelawak tersebut. Sementara itu, para peminat turut menitipkan doa agar Zizan cepat dipertemukan jodoh.

Sumber: Instagram Meletop, Berita Harian