Kisah yang menyayat hati apabila sepasang suami isteri dilahirkan pada hari yang sama dan pergi pada tarikh yang sama juga.

Pemergian ahli keluarga buat selama-lamanya dalam hidup merupakan satu momen yang sangat sedih dan perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itu lah perasaan yang dialami oleh Atinsyu_ sekeluarga selepas kehilangan dua insan tercinta.

Cinta hingga hujung nyawa

Menerusi perkongsian di Twitter, Atin menyifatkan arwah datuk dan neneknya merupakan cinta hingga hujung nyawa kerana kedua-dua telah berkongsi hari lahir yang sama iaitu 4 Februari dan telah menghembuskan nafas terakhir juga pada tarikh yang sama iaitu 3 November 2020.

neneknya yang dikenali dengan nama Wan Zainun Wan Chik telah pergi buat selamanya akibat sakit usus. Namun dalam tempoh 15 jam kemudian, datuknya iaitu Wan Yahya Wan Husein pula telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

‘Atuk sempat jumpa nenek’

Menceritakan kembali kisah itu, Atin memaklumkan neneknya seorang wanita dan isteri yang sangat kuat dan bertanggungjawab. Neneknya tidak pernah mengeluh apabila perlu menjaga suaminya yang terlantar sakit malah walaupun sedang mendrita, nenek sangat tabah dan saling menjaga antara satu sama lain.

Menurut Atin, datuknya itu sempat bertemu dengan si isteri (nenek) buat kali terakhir sebelum si isteri pergi buat selama-lamanya. Namun siapa sangka, pada malam hari, dia pula menyusul ‘pergi’ menemani isteri tersayang.

Segala urusan dipermudahkan

Kenangan gambar atuk dan nenek

‘Terima kasih atas doa dan bantuan’

Sementara itu, Atin meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti memberi kata semangat, segala bantuan serta doa buat mereka sekeluarga.