Kongsi berita gembira pada hari jumaat. Alhamdulillah Fattah dan fazura selamat timang cahaya mata perempuan.

PASANGAN selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada Jumaat. Fattah berkongsi berita gembira itu di Instagramnya memberitahu bayi perempuan itu dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. “Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fattah akan mendedahkan nama dan wajah bayi berkenaan selepas bayi berkenaan berusia tujuh hari. Dia turut berterima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan proses kehamilan isterinya berjalan lancar.

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah. “Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan,” ujarnya. Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.