Koperal Azmi Kamarudin pergi jua.

ANGGOTA p0lis yang menderita kanser rahang, Koperal Azmi Kamarudin, 34, kembali ke rahmatullah di kediamannya, di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas, pagi ini. “Marilah sama-sama kita doakan agar r0h Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah”.

Terdaulu, media melaporkan hasrat anggora p0lis berusia 34 tahun itu untuk bertemu dengan bekas rakan setugas tercapai selepas menerima kunjungan sepasukan p0lis dari Ibu Pejabat p0lis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), semalam. Ketua p0lis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi Azmi, selain turut menyampaikan sumbangan lampin pakai buang beserta barangan keperluan lain

Beliau berkata, Azmi adalah bekas anggota yang pernah bertugas di Bahagian Stor Barang K3s Berpusat di Kepala Batas sebelum bertukar ke Bahagian jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Ibu Pejabat p0lis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. Isteri Azmi, Korporal Noor Ifa Md. Sukari, 36, berkata kesihatan suaminya mula merosot pada Jumaat lepas dan mendapat rawatan di h0spital Kepala Batas namun dinasihatkan supaya dibawa pulang kerana bimbang wabak c0v1d-19 boleh membahayakan.

Katanya, Azmi disahkan menghidap barah rahang pada 2018 oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan menjalani pelbagai rawatan antaranya radioterapi di h0spital Pulau Pinang namun terpaksa dihentikan kerana tidak sesuai. “Suami kini tidak lagi mampu menguruskan diri selain bergantung harap kepada saya dan juga ibu bapa mentua yang datang dari Betong, Sarawak pada 26 Dis lepas semata-mata ingin berada di samping Azmi.

“Pada Jumaat lepas, dia dah mula kurang makan dan bergantung kepada susu. Doktor juga menasihatkan supaya suami dibawa pulang disebabkan situasi c0v1d-19,” katanya yang bertugas di IPD SPU. Semoga Allah merahmati r0hnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Sumber : wowberita