Kulit boleh jadi teruk sekiranya terkena cecair semut Charlie. Ini caranya untuk mencegah semut tersebut dari KKM.

Pernah digigit dengan serangga? Walaupun haiwan ini mempunyai saiz yang kecil namun sesekali ia agak berbisa. Tambah-tambah lagi kalau korang pernah terkena ‘semburan’ dari semut Charlie atau dikenali jugak dengan nama semut kayap atau Tomcat. Semut ini sangat popular dikalangan masyarakat kita kerana ia bersaiz kecil tetapi sangat berbisa. Mempunyai bentuk badan seperti kerengga, berbelang hitam dan oren.

Jadi, menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi beberapa langkah pencegahan untuk menghindari semut berbahaya ini. Untuk pengetahuan anda, semut ini tidak mengigit tetapi ia meninggalkan cecair yang mengandungi Paederin yang menyebabkan gelembung air pada kulit sekiranya tidak dibasuh dengan segera. Ketidakselesaan pada kulit ini adalah sederhana tetapi boleh berpindah ke kawasan lain seperti muka dan kawasan genital. Ia juga boleh menyebabkan Konjuktivitis pada mata.

Ini 5 pencegahan yang perlu korang ambil tahu dan hindari pada semut Charlie ini. 

  1. Elakkan bersentuhan dengan semut Charlie
  2. Kenali dan elak menganggu semut ini
  3. Tiup sekiranya ia hinggap di kulit
  4. Basuh kawasan yang terkena cecait Paederin dengan air dan sabun
  5. Tutup lampu berhampiran ketika tidur

Serangga ini sering berada di kawasan yang lembap, jadi jagalah kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Sumber: KKM

Tular apabila video seekor dinosaur turun dari lori di Indonesia. Disebabkan itu buatkan warganet tertanya-tanya.

Baru-baru ini, heb0h sebuah video yang menunjukkan seek0r ‘dinosaur’ yang diturunkan dari sebuah Iori di Indonesia dengan bantuan beberapa petugas. Video itu mendapat perhatian warganet sehingga meraih lebih 73K tontonan. Haiwan yang berusia ribuan tahun itu menjadi perbualan warganet malah menimbulkan tanda tanya sama ada ianya betul atau hanya sekadar patung hiasan.

Haiwan prasejarah yang dikenali sebagai Tricerat0ps kelihatan seperti dipaksa untuk turun dari sebuah lori oleh beberapa petugas. Aksi para petugas membuatkan warganet semakin keIiru. Video yang berdurasi tiga minit tersebut dikatakan berada di Moj0semi F0rest Park Magetan di mana diketahui memiliki Din0saurus P@rk. Namun begitu, terdapat segelintir warganet yang memaklumkan bahawa kewujudan din0saur pada masa kini tidak relevan lagi kerana ianya sudah pupus ribuan tahun yang lalu.

Dinos0ur itu sebenarnya adalah pat0ng mekanikal bertujuan untuk menarik perhatian pengunjung. Menurut lap0ran dari Suaraj0gja.id, din0saur tersebut merupakan sebahagian daripada promosi pihak berkenaan. Malah, ia bertujuan untuk menarik semula perhatian pelancong supaya berkunjung dan melihat pelbagai koleksi yang ada di taman din0saur itu.Kepada pelanc0ng yang ingin melawati dunia Indonesia, anda disarankan untuk berkunjung ke Din0saurus Park selepas keadaan pandemik C0VID-19 beransur pulih..

Sumber: Suarajogja.id

Disebabkan Terlalu Teruja PKPB Putrajaya Dah Tamat. Kecoh Pula Apabila Ada Seekor Haiwan Ini Muncul Di Dalam Mall Putrajaya.

Mentang-mentanglah PKPB di Putrajaya dah diumumkan tamat hari ni, terus pergi shopping! Sebuah pusat beli belah di Wilayah Persekutuan Putrajaya kecoh apabila seekor babi dirakam berada di dalam salah sebuah kedai di pusat perniagaan itu.

Menerusi laman sosial Twitter @redzuanNewsMPB, orang awam berjaya merakam adegan seekor babi yang berada di dalam sebuah kedai di sebuah pusat beli belah yang terletak di Putrajaya. Video berkenaan kini sudah ditonton lebih 1,000 kali.

Rata-rata warganet beranggapan insiden berkenaan adalah sangat lucu susulan ia berlaku hanya sehari selepas pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status Putrajaya yang diisytiharkan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini. Tidak kurang juga ada warganet yang berkata bahawa insiden berkenaan adalah kerana habitat semula jadi haiwan berkenaan sudah semakin berkurangan.