Lazada bantu PKS Tempatan untuk sama sama harungi PKP 2.0. Dengan dana 4 kali ganda lebih dari tahun lalu.

Ramai peniaga mengeluh bila Perdana Menteri umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 baru-baru ini, malah semalam PKP 2.0 diumum akan berkuatkuasa ke seluruh negara bermula 22 Januari kecuali negeri Sarawak. Namun ini hakikat yang kita harus terima bagi sama-sama melawan Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan.

Susulan itu, Lazada Malaysia kembali dengan Pakej Rangsangan PKS yang dipanggil Pakej Kedai Pintar 2.0 dengan suntikan dana lebih 4 kali ganda berbanding tahun lalu. Pakej bernilai RM44 Juta ini dijangka mampu untuk membantu lebih 70,000 perusahaan kecil dan sederhana (pks) untuk mengharungi tempoh PKP ini.

Mereka boleh mendaftar mulai hari ini hingga 28 Februari. Apa kelebihan yang mereka peroleh jika mengambil bahagian dalam pakej rangsangan ini? Mereka akan menikmati kadar komisen 0%, pengecualian yuran transaksi, bantuan pembangunan kedai selama 90 hari, kursus latihan dalam talian Lazada University, subsidi kredit pengiklanan untuk Sponsored Search, slot pendedahan produk percuma di dalam Lazada Flash Sale dan banyak lagi.” Malah dengan Pakej Kedai Pintar 2.0 ini, pks tempatan yang mempunyai sedikit atau tiada pengalaman dalam eDagang juga mampu untuk mempelbagaikan aliran pendapatan mereka tanpa perlu menanggung sebarang kos tambahan.

Dengan lebih satu pertiga daripada rakyat Malaysia membeli-belah menggunakan aplikasi Lazada setiap bulan, kami boleh memanfaatkan pangkalan pelanggan mantap kami untuk membantu PKS tempatan kekal mampan. Pada masa yang sama, ia menolong PKS untuk mengekalkan kestabilan pekerjaan untuk kakitangan mereka.”- Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia. Apa lagi korang, apply cepat-cepat!

Tawaran Beli 1 Dapat 2. Lazada Buat Tawaran Tersebut Sempena Jualan Besar Akhir Tahun Lazada 12.12 Dan Diskaun Hebat Menanti Anda

Sebelum ini ramai rakyat Malaysia shopping sakan ketika 11.11, kali ini Lazada tampil dengan tawaran lebih hebat sempena 12.12 dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun hebat!Sempena musim cuti dan tahun baru yang bakal kunjung tiba, platform e-dagang terkemuka Lazada menawarkan pembelian bersubsidi ‘Beli 1, Dapat 2’ ke atas ratusan produknya, malah diskaun turut diberikan kepada pembeli sehingga 90%…banyaknyaaa!

Malah Lazada turut memberi jaminan pulangan wang 12 kali ganda kepada pembeli jika mereka menemui harga lebih rendah di tempat lain dalam talian, ini merupakan inisiatif bagi memastikan pelanggan mendapat tawaran terbaik dan terendah ketika membeli-belah di Lazada.Mulai 5 Disember ini, para pengguna boleh mengunjungi laman ‘12.12 Bersubsidi oleh Lazada’ dan Flash Sales di laman web Lazada bagi mendapatkan tawaran harga terhebat dari jenama-jenama terkemuka.

Sanggup Bayar PS5 Dengan Harga Dua Kali Ganda Lebih Mahal Dari Pasaran. Sekali Yang Sampai Benda Lain Dan Ianya Batu Konkrit Besar

Sejak PlayStation 5 dilancarkan haritu, ramai gamers yang berebut untuk beli sampai habis stok! Malah dekat Amerika Syarikat pun stok PS5 ni sangat terhad sampaikan orang sanggup bayar lebih hanya untuk jadi pemilik konsol permainan ini.Salah seorangnya adalah lelaki dari Orem, Utah ni. Dia telah memesan PS5 di eBay dengan harga $878 (RM3,572) dua kali ganda lebih mahal dari harga pasaran.

Teruja dapat memiliki PS5 keluaran baru ini, lelaki ini memang tak sabar nak buka kotak PS5 yang sampai ke rumahnya itu, tapi malangnya bila dia buka, kotak tu hanya diisi dengan batu konkrit besar sahaja. Allahu…

Ekoran dit1pu penjual, lelaki malang ini telah pun membuat laporan polis dan pihak polis mengatakan lelaki ini tak perlu risau kerana dia akan dapat balik wang yang telah diberikan kerana platform eBay mempunyai perlindungan pembeli/penjual, lapor News Break.

Namun pihak polis menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membeli barangan di dalam talian, lebih-lebih lagi kalau tak ada review.Dah 2020 pun still tak reti nak tengok review dulu sebelum beli. Dah tahu nak beli benda mahal, kenalah hati-hati sikit…