Lelaki India sanggup cari penuntut wanita ini apabila menemui sesuatu berharga ini akibat sikap cuai wanita terbabit. Dia dedah sesuatu mengenai perkara tersebut mendapat perhatian yang tak diduga oleh warganet riuh diperkatakan

Kejadian dompet hilang menyedarkan Aida bahawa sikap baik atau kurang baik seseorang tidak harus dikaitkan dengan bangsa dan agama. Sejak kebelakangan ini, paparan di media sosial banyak memperdebatkan isu berbilang bangsa di Malaysia. Namun, seorang gadis tampil berkongsi kisahnya sekali gus membuktikan masyarakat berbilang kaum di negara ini masih hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Menurut Aida Zafierah Che Zakaria, 20, dia kehilangan dompet di stesen KTM komuter Mid Valley sekitar Oktober tahun lalu.

Dengan bantuan seorang pemuda India dikenali sebagai Navin Raj, dia akhirnya berjaya mendapatkan semula dompetnya dalam tempoh 24 jam. Apa yang menariknya, gadis yang mesra disapa Aida itu tidak pernah mengetahui identiti pemuda berkenaan sehinggalah mereka berhubung pada Jun tahun ini. “Masa tu dompet saya tercicir, saya dah turun di Stesen KTM Serdang baru perasan. Jadi saya terus buat laporan polis di Serdang. Mesej yang dihantar Navin Raj menerusi Facebook pada Oktober 2019 baru sahaja dibaca oleh Aida pada Jun lalu.

“Dalam pukul 12 malam, polis dari Bandar Sunway hubungi saya, maklumkan ada orang hantar dompet. “Tapi saya tak tahu siapa yang hantar sehinggalah bulan Jun baru-baru ni, saya semak mesej di Facebook dan jumpa mesej Navin Raj. “Dah setengah tahun dia mesej saya baru perasan. Dia cari Facebook saya pada waktu itu berdasarkan nama pada kad pengenalan,” ujarnya kepada┬ámStar. Dia juga menyeru kepada orang ramai agar terus kekalkan keharmonian dan keamanan sesama penduduk dengan keunikan pelbagai bangsa agar dipandang tinggi oleh orang luar. Dia juga berpesan agar saling tolong menolong tanpa mengira kaum terus menerus dipraktikkan oleh bangsa Malaysia agar terus jalin muhibbah dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Baik, kurang baik sikap seseorang itu tak ada kaitan dengan agama atau bangsa. Ia perbuatan individu

Menurut penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia bersyukur atas jasa baik pemuda berkenaan yang sanggup menghantar dompetnya ke balai polis sewaktu hari kejadian. Malah, dia juga ada meluahkan hasrat untuk memberikan saguhati kepadanya namun ia ditolak dengan cara baik. “Saya ada cakap nak belanja dia makan, tapi dia tak nak. Tapi saya memang sangat bersyukur sebab ada orang macam dia. Aida berkata dia cukup risau sewaktu pertama kali menyedari dompetnya hilang pada Oktober lalu. “Memang tak harap langsung akan jumpa, dah reda… sebab hilang di kawasan KTM yang memang ramai orang.

“Memang masa tu saya menangis, nasib baik ada kawan-kawan. Mula-mula mereka suruh saya sekat kad bank, kemudiannya baru saya pergi buat laporan,” ujarnya. Mengulas isu masyarakat berbilang bangsa yang dicetuskan di media sosial oleh segelintir individu, Aida mengakui banyak lagi perkara baik yang wajar dipamerkan untuk tauladan semua pihak. Aida pada waktu itu sudah reda seandainya gagal mendapatkan semula dompet tersebut. Malah katanya, perbuatan setiap individu merupakan hal peribadi dan ia tidak mewakili mana-mana kaum, bangsa atau agama. “Baik buruk tu tak ada kaitan dengan bangsa atau agama. Ia perbuatan individu. Dia tak mewakili apa-apa bangsa. “Ramai orang tularkan benda kurang elok sehingga kita pandang isu masyarakat berbilang bangsa dipandang serong di Malaysia, sebenarnya masih ramai yang baik,” ujarnya lagi. Sehingga kini, posting Aida di Twitter menerima lebih 4,000 ulang kicau terus menjadi perhatian ramai raih pujian dari segenap rakyat Malaysia.- Mstar